Tetiba, aku membisu tanpa sebarang alasan yang dia pun tidak mengetahui punca aku berbuat sedemikian. Yang hairan, si dia pun tidak bertanya apa-apa so i can see from the reaction yang dia ni tak ikhlas pun berkawan dengan aku. Aku terus berdiam dan berdiam, dia pun buat hal sendiri yang don't even care about me sehingga hubungan persahabatan yang dibina semakin renggang & ibaratnya aku dan dia tidak pernah rapat as twinnie. (The word "twin" berasal drpd my junior yang selalu cakap aku dan dia ni kembar, even pak cik kebun & technition pun tahu di mana ada aku, di situ dia ada & begitulah sebaliknya) Kerenggangan kami disedari oleh ramai orang tapi tiada yang berani bertanya. So, i just kept it as my secret.
Sepanjang aku rapat dengan dia, my roommates & her roommates really jealous + sangat tak suka. Tak tahu la kenapa macam tu. *Time aku rapat dengan someone, mesti dorang tak suka tapi dorang ada bestfriend tak de pulak aku sumpah seranah macam-macam. Well, itulah manusia.. Finally, the secret dah bocor sebab my roommates ask me about it and sebenarnya aku tak nak cerita pun tapi bila dah lama pendam aku jadi sakit hati, xleh tahan pendam hal ni sorang-sorang sebab masa tu aku memang lonely.
Sebelum ni aku pernah bergaduh besar dengan dia. Sampaikan memang dia sebarkan fitnah pasal aku. Cakap kat their mummy, mom perkara yang tak baik pasal aku,ceritakan kes ni kat budak lelaki then cakap aku pulak mengadu kat budak-budak laki kat kolej tu, siap doakan aku ni x boleh jawab exam acah2 macam nak buktikan kalau aku ni salah, aku tak akan berjaya la. *I got this romours from her roommates, my roommates tu pun sebab aku tanya apa-apa yang berkaitan dengan aku.
Part doa aku xleh jawab exam memang berkecai sangat hati ni, kawan baik kau kat kolej sendiri yang pernah rapat gila-gila dengan kau doakan kau macam tu disebabkan 1 kes yang kecil tapi diperbesar-besarkan. My luruh la jantung, berkecai hati tapi selagi aku boleh tahan aku tahan. Sampai la 1 tahap,aku terluah. Masa tu aku study kat library dengan kawan aku (sementara tunggu geng study group lain datang, aku berborak-borak la dulu) kemudian dia masuk dalam library terkedek-kedek then duduk depan aku tapi posisi dia membelakangi aku. Syukur la masa tu sebab dia tak duduk bertentangan. Aku mula cakap yang, "Hang nak tau tak, ada orang doakan aku tak dapat jawab exam wei". Tak semena-mena air mata yang aku duk tahan selama ni terjatuh then aku tudukkan wajahku ke meja sambil tutup dengan nota. (kawan aku tu laki & umur dye jauh lebih tua daripada kami yang dalam study group makes me selesa nak bagitahu dia) Alhamdulillah kata-kata dia aku ingat sampai sekarang, "Sape buat hang macam tu? Siapa?" Aku xleh nak cakap dah sebab air mata dah keluar mencurah-curah ni. Dia sambung cakap,
"Hang jangan layan la kat orang macam tu, hang tau tak doa yang buruk-buruk, jahat, x baik Allah tak makbul punya, Allah tak makbul doa-doa macam tu"
Ucapan tu sangat melegakan hatiku yang remuk ni, then aku kena luah jugak semua ni melalui air mata sebab tu ad kata-kata perempuan ni kuat kerana adanya air mata. Air mata perempuan itu bukanlah tanda lemahnya dia tetapi itulah yang menjadi kekuatannya. Now, i admit the quote. Totally agree.. Aku positifkan diri, dua tiga hari je lagi nak final exam semester 4. I need to be strong and jangan biarkan masalah tu menjatuhkan semangat aku, membuatkan aku down tapi jadikan itu suatu perkara yang i need to deny it!
Fast forward, Alhamdulillah, bila result keluar I still mantain my CGPA. Alhamdulillah..
*********
Cuti semester bermula, home sweet home.. Hehehe :D
Aku bukan seorang yang suka bergaduh. Dalam hati aku, aku masih sayangkan dia as friend. Suatu malam, i decide to know the truth.. Aku chat dia via whatsapp.. Selesaikan segala macam masalah yang melanda. Aku bukakan hati aku untuk memaafkan tapi untuk melupakan itu sulit. I need to be aware after all of this things happened. Ambil ibrah (pengajaran).
Bila buka semester baru, aku kamching balik dengan dia. Semua rasa pelik sedangkan sebelum ni aku gaduh besar dengan dia (sampaikan aku kalau nampak dia, memang terus blah, xleh dengan suara dia pun) tetiba berbaik macam tak ada apa-apa berlaku. My roommates diam je even i know dorang x suka + curious. Kami kamching sampai la satu tahap, aku rasa apa yang dia buat tu sangatlah mengjengkelkan & tak patut dilakukan.
Suatu hari tu, ada satu program *aku dah lupa program tu & kat mana its held. Kes ni terjadi disebabkan aku malas nak drive jauh *Ok dah ingat, Program Rabbani Masuk Kampung at Rantau Panjang, so aku tanya la siapa-siapa yang boleh tolong drivekan. Si dia ni recommended "Abang A". Mula-mula aku tak nak tau, tapi disebabkan aku memang malas sangat nak drive aku accepted the suggestion. Aku tolak sebab memang aku tak suka sangat-sangat tapi belum sampai tahap benci la kat mamat tu. Program tu dari pagi sampai petang, so A ni cadangkan bermalam kat rumah dia dulu, esoknya baru balik kolej. Aku on je sebab kat rumah dia parents and adik beradik dia semua ada.
Aku tak ingat masa mana kami pergi Pasar Rantau Panjang nak shopping-shopping cuti mata la hajatnya. *Fyi, RP tu memang tempat fav aku. Sampaikan kawan aku cakap aku ni kena cari calon suami orang RP la. Hahahaha.. Ok, back to the story, before ber'shopping', dia kawan aku tu tertidur then aku kejutkan la, habis lembut dah aku kejutkan jauh la beza dgn aku kejutkan adik & kakak aku.. Hahaha. Then, tiber je A ni cakap, "Jangan la kejut macam tu, nanti dye pening, slow2". Aku geram gak sebab dah naik kereta aku, dorang duk depan la aku duk belakang tapi rasa macam diri ni pengikut sahaja & kereta tu milik orang lain. OMG! Dengan geram aku jawab, "Tahu la". Lepas tu A ni kejutkan dengan siku dye menyentuh lengan dia tu *A tu lelaki eh, & bagi aku dah ada perempuan, biar lah aku je buat kerja kejut2 ni + ko ingat ko sentuh pakai siku tu tak teransang ke.. Ni nak marah ni nak marah ni.. Terus hilang mood aku nak shopping time tu.
Still shopping coz dah sampai kan, time pilih baju, aku ni ada tapi macam x wujud a. Ukur bahu pun A tengokkan, muat ke tak lepas sarung tu A tengokkan & decide, lepas sarung tu nak tanggalkan balik A pegangkan baju + tudung supaya tak terangkat.. Ko ghaseee? Urghh.. Naik tocang eh.. Sakit pulak mata aku ni. This is not about the jealous issues, tapi kalau aku la kan, memang tak la suruh laki pegangkan, ukurkan, decide oke ke tak. Bentuk badan tu ada la.. *So, kalau korang la, Please la jangan buat macam tu. Jaga sikit pegaulan & batas2 antara lelaki & perempuan. Bila dah pilih baju, A pulak belanjakan (blouse warna blueblack) then tetiba A nak cari pulak kemeja warna blueblack tapi pergi semua kedai tak ada yang padan sebab bidang dada dye lebar *sado la orang cakap. Then, aku pulak beli baju, berkenan la, lawa beb tapi mahal la bagi aku RM40 tapi tetap nak beli sebab aku yang beriya-riya sangat nak shopping. *Usually, aku pergi kedai murah je yang blouse harga RM20 sehelai. Tapi dah aku pun lupa kedai tu kat mana, ikut je la jalan kedai dalam pasar tu. Time bayar, tetiba A bayarkan, aku buat-buat terkejut la padahal dalam hati suka orang belanja, jimat duit aku weh.. *Suka part tu je la.
Time to go home! Home la sangat, hostel kolej je. Hahaha.. Sebab rasa tersiksa sangat duk dengan diorang. Hahaha.. Dah malam, around 9.30 malam. So, dia lapar then A decide nak berhenti makan kat tempat dia biasa lepak. Aku dah tak syok dah sebab duit aku kurang dah, nak makan lagi pulak tu. Last2 aku order roti canai je satu + air suam (even aku lapar sangat, sebab nak cut cost + masa tu memang aku berkira sangat bab makan, korang jangan contohi aku bab ni eh. Now, aku dah tak berkira bab makan sebab aku mula sedar kesihatan lebih penting + kalau aku sakit kat sana xde orang akan jaga aku). Apa yang aku nak cerita eh? Hahaha.. Oke, bila makanan sampai, dia dengan gediknya mintak A tolong perahkan hirisan limau nipis atas makanan dye + buat2 merajuk laa. Ewwww! Namuntah la aku.. Then, masa makan tu ada la berbincang pasal next programme, Kem Smart Skuad Elit Sekolah Tanjung Mas. Dia mintak cadangan nak buat apa, aku bagi la idea2 paling bernas yang aku ada, tapi dia buat tak dengar aje. Tapi bila A bagi cadangan terus catat & tetiba telinga tu dengar pulak.. Ko ghaseee? What's your function to be there with them? Aku pun bakal fasilitator jugak okayhhh.. Lepas tu, aku terus sentap, terasa sangat3.. Masa otw balik hostel pulak, tetiba pulak macam mengarahkan aku utk pergi ke party bithday adik kepada A within 2 weeks after. Aku pun iyekan je la tapi dalam otak aku ni ligat nak kasi alasan aku tetiba tak leh nak attend bila dekat2 dengan majlis tu nanti. *Jahat gak aku eh. Sebab aku rasa macam diorang nak guna-guna aku je. See? Banyak dah situasi yang menyatakan apa yang aku rasa.
Beberapa hari lepas tu, aku tetiba diam membisu tak bertegur dengan si dia.
Aku tahu aku pun tak perfect tapi memang aku tak boleh terima apa yang telah terjadi. Dengan perangai dia macam tu sedangkan dia tu memang tahu batas2 , pakaian pun elok, tudung labuh, sekolah agama tapi buat macam tu, ibarat aku ni wak wujud, aku rasa alone even dia ada. Begitulah si dia bila dengan mana-mana lelaki, even kau ada sebelah dia pun kau terasa tiada baginya. Dan tetiba hati aku ni dicampur pulak dengan kes gaduh besar kami sebelum tu. Jadi hati aku dah tertutup untuk dia lagi dalam hidup aku. Bagi aku, biarlah aku tiada kawan daripada berkawan dengan orang macam tu.
Tak dinafikan, aku sebenarnya rindu hubungan persahabatan yang terjalin tu dan aku ikhlas berkawan dengannya even ramai yang tak suka, ramai yang burukkan dia depan aku tapi ikhlas aku dipermainkan. Tak semua orang akan ikhlas berkawan dengan kau seperti mana kau ikhlas berkawan dengan diorang. Since that, aku x de dah terlalu rapat dengan kawan-kawan aku even my bff , my bestie sebab aku serik + tak nak perkara yang sama berulang kepada aku. Sejak tu jugak, aku berjaga-jaga apabila berkawan, tak menceritakan semua masalah aku selagi aku boleh pendam sendirian.
Friday, 23 November 2018
Thursday, 22 November 2018
Facebook Greetings
(Gambar hanya sekadar hiasan, tiada kaitan dgn post kali ni k)
Oyeahhh.. FaceBook bang ang..
Masa 2010 dulu, mmg sis suka sgt chatting via fb messenger tpi lama kelamaan dah berkurang sbb dah tak ketagih dgn fb2 niyh..In 2016 or 2017.. Tetiba, sis dapat 1 inbox daripada seseorang tapi memang totally stranger la. Sis x kisah pun coz mmg ad buat bisnes online then reply je la even bukan tanya pasal bisnes yang sis duk promote2 tuh. I thought, maybe dye nak berkenalan dulu then sis tarik slow2 utk jadi downline ke ape kan.. Hahaha.. Dah kepala otak ni fikir pasal bisnes , downline, income ajee.. Teruks jugak laaa.. Wakakaka... First dye bagi salam (ofkoz la) + puji nama sis coz it's unique (ramai yg cakap macam tu) Tapi kali ni my respond agak berbeza.. Sis tercerita pulak asal usul nama sis kat dye.. Hahahaa..
Second day, tetiba dapat whatsapp from stranger jugak tetiba says "awak". Erkk.. Dah malas layan sebenarnya coz tetiba hantar macam tu kan..Dah la stranger.. Takut jugak kita pum.. Hahaha.. Tapi acah2 profesional la, sis tanya ni siapa. Then dye cakap la yg dlm messenger semalam tu la, ambik nombor sis kat wall fb (and i did not suprise at all coz mmg sis yg letak coz dah memang buat bisnes kan) and i just reply.. "oh..okay".
Actually, sis memang xde layan pun, my style 'orang hantar whatsapp baru reply,xde terhegeh2 nak chat'. But, dye selalu whatsapp me, nak2 bila larut malam coz dye kerja 12 hours per day , 6 days per week. Jadual kerja dye masuk 7 pagi keluar 7 malam, and if masuk 7 malam keluar 7 pagi (selang seli la kalau minggu tu shift malam, next week shift pagi pulak) If shift pagi, dia akan ada masa jugak nak chat sis sblm dye tido. Kalau tak silap pukul 10 malam je dye akan terus tido sbb esoknya nk kerja pulak. Biasanya chat 1/2 jam then dye cakap nk tido mmg terus tido la.. Dasyat & punctual gak r dye ni. *Apekes sis ingat satu persatu ni eh.. kuat pulak ingatan bab2 tak penting macam ni. If la belajar ingatan kuat macam ni kan best.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.
Still contact dye. Tapi langit tak selalu cerah, ade hujan ribut taufan gak.. Hahhaa..
Then, selepas 3 bulan kot kenal, tetiba lost contact. Sis diam, dye pun diam. *Well, my style macam sis cakap kat atas la. Tapi, bila dah lama contact kan, rasa janggal pun ade tetiba membisu ni. Kadang tu, sis mulakan chat, tpi nak boleh ke reply tu lambat la & tak sepanjang dulu. Just tanya sepatah, jawab sepatah. Then, sis pun diam.
Sampai la satu tahap, sis dah tak boleh pendam sorang2 then i told the story kat 2 orang kawan rapat sis kat kolej tu.. Of course , their respond be likeee "Maria, r you serious. Tak sangka Maria macam ni". Hanya mampu memberikan sekelumit senyuman pahit. Then, i decide to delete the number and move on.. Wakakak.. Tapi, my mind always teringat kat dye.. OMG! Parah yang amat. I try busykan diri dengan buat bisnes sungguh-sungguh, study, tido, assignment dll.. Tapi klu ada masa lapang je mesti teringat kat dye.. Uishh... Dugaan yg amat pedih... Sabar je la.. *Sampai sekarang sis dapat rasa sakitnya tuh di sini di dalam hatiku..
Nak citer ke tak nak part ni ehh..Hahaha
Last2, sis xleh sangat menanggung perit tu sampaikan sis tebalkan muka mintak no phone dye via fb messenger dgn mencipta alasan bahawanya contact hilang.. Pandai eh... Tpi perasaan malu tu tetap ada even dye x tahu the truth tapi still sis x contact jgk.. Hahaha *Tak tau kenapa sis buat macam tu
Nak dipendekkan cerita...
Setelah lama berdiam seribu bahasa, i just stalk dye punya fb, ig.. Huhuhu..
Masa bulan puasa 2018 (which is this year) , sis kerja as part time promoter baju lelaki jemana Revsport. Tanpa diduga dye datang sana utk beli baju raya la.. Huhuhu.. Terkejut beruk sis dibuatnya then tipu kata sakit perut gi tandas, agak lama tpi xleh lama sangat sebab partner sorang lagi tu tgh rehat. Bila balik dari tandas, Kak Liza pulak cakap suruh pergi depan sebab ada customer nak saiz baju bla bla bla..And i know, the customer is dye.. Panas muka, plus takut ade semua.. Then, sis pergi kat bahagian lain. Bila tanya macam mana, sis jawab "settle". Maaf terpaksa.. Hehehe..
Huhhhhhhh!!! Raya 2018, dye ajak sis keluar.. OMG! Tak tau nak respond ape, sis just jawab okay.
Tapi ade tipu gak aa sebab dye ajak kluar raya ke-5 klu x silap tpi sis cakap kluar even ade je duk kat rumah tak buat ape2 (One of the reason is my sister still kat kampung, xnak dye tahu nanti mati awal la sis kena dgn dye). Then, raya ke berapa entah baru sis keluar tu pun selepas meminta nasihat drpd beberapa org yg berpengalaman + Kak Liza promoter yg sis kerja time bulan puasa tu. Hehehe.. Ada la side bagus and menjaga diri tu. Berbekalkan nasihat yang dikumpulkan *cewah macam detective pulak, sis buat keputusan ajak my cousin yg kecik tu darjah 2 utk temankan.. Then, tetiba sepupu sis sorang lagi cakap nak ikut jugak, apa lagi... On terus la.. Ad la peneman utk sis borak2 sebab sis pun first time jumpa dye, then kira stranger la kan kenal via fb & ws je.
Raya kat rumah terbuka + naik rumah my BFF.. Kenyang2 then dye ajak pergi Pantai Rhu Sepuluh, Setiu.. Bapak aa jauh.. Katanya tenang + cantik + tak ramai orang. So, ikutkan je laa. Bila hantar kami balik, dye suruh tunggu + tanya "Jah bila nak kawen?" Ok, i couldn't imagine hows my face reaction are.. Hahhaa.. My answer, "Umm,,tak tau la.. 3-4 tahun lagi kot, sebab nak smbung belajar lagi". Dye pun jawab pulak, "Tak la bila dah alam kerja xde fikir lain dah, fikir kawen je la sebab xde bnda lain lagi nak buat, nak ad orang uruskan makan minum pakaian ape semua". Lepas tu, membisu balik sampai sekarang.. *Tak tau la ape kes kejap timbul kejap tenggelam ni. Ingat kapal selam ke main2 macam tu
Till now, i still remember the moment.. A few days kebelakangan ni, tetiba sis selalu teringat kat dye.. Idk why this happened.. "I hope kalau betul dye jodoh aq, Engkau permudahkanlah Ya Allah. Tapi jika dia bukan jodohku, maka jauhkanlah perasaan ini dan dia dari hidupku. Semoga aq dipertemukan jodoh dengan orang yang baik2.. Allahumma Amiin"
Apa-apapun dye tetap dalam kenangan + pengalaman pahit manis dalam menempuhi hidup sis yang berliku-liku ini, Huhuhu.. Buat masa ini, sis perlu belajar bahawa setiap yang datang tidak semestinya kekal dalam hidup, maybe Allah hadirkan seseorang itu untuk berkenalan dan pergi.
Fyi, i always think that was the craziest things that i've done in my life..
Sis Qowiy
Subscribe to:
Posts (Atom)