Wednesday, 11 May 2016

Test JPJ



Bismillah...

Alhamdulillah,Maya dah lulus test JPJ baru-baru ni..
Syukur ke hadrat Ilahi atas semua pencapaian ni.. Alhamdulillah.

Pagi-pagi lagi, aku dah sampai kat PSM Academy.. Orang pun tak ramai lagi waktu tu. Ye la,kena la datang awal.. Hilang sikit rasa gemuruh tu kan? Huhu... Aku duduk kat tempat menunggu yang disediakan sementara menunggu ada petugas yang mengelolakan giliran. Aku dapat sesi 1. Alhamdulillah dapat awal.. Cikgu kata, "Bagus la dapat awal, tempah awal kan, dapat la giliran awal". Ngehehe. Lagipun, aku pun tak suka menunggu lama-lama.. Tak tahu nak cakap macam mana perasaaan masa tu.. Exited pun ada,gemuruh pun dah.. Bercampur baur la..

Kisah kali ni, aku cerita yang real ye..
Kawan-kawan aku beberapa orang je yang tahu.. Sorry guys..

Sesi 1 dipanggil, aku pun datang menghadap.. Haha.. Macam diraja pulak. Aku beratur, bagi kad belajar + IC + lesen L kat kaunter. Then,dapat kad yang kena gantung kat leher. (Kena pakai walaupun nak ke mana-mana, nanti kena marah woo) Ada seorang cikgu berdiri sebelah aku, aku cakap kat cikgu "Cikgu, doakan saya lulus ya". Pastu, ada la cakap sikit-skikt. Tak lama lepas tu, seorang pegawai JPJ memberi keterangan sebelum start test. Refresh la sikit-sikit. (Sebab tak semua orang yang nak test ni datang belajar sebelum hari test, kadang-kadang dah tinggal berminggu-minggu tetiba datang test) Yang tu aku, "no comment".

Bila dah buat RPK & RSM, kami yang sesi 1 ni tetap stay kat pondok biru sebab sesi 1 akan test ujian Bahagian 2 dulu. Perghhh, berdebar la pulak.. Kecut perut tengok cikgu yang bawa balik kereta kat tempat asal. Kalau cikgu,yang datang bawa balik kat tempat asal, it means calon tu kandas. Kalau calon bawa balik sendiri, lulus lah tu.. So, kat situ dah boleh tahu.. Pada hari aku test ni, ramai sangat yang kandas Bahagan 2. Cuak aku dibuatnya... Dah la aku tak pernah naik kereta lain masa belajar ni, clutch entah tinggi or rendah. Redha je time tu.

Tiba giliran aku, jantung semakin berdegup kencang.. Kereta diambil bernombor 72. Aku gerakkan kereta tu untuk masuk ke S-Course. Bila dah terima arahan, dua tiga kali jugak JPJ bagi arahan suruh aku masuk..tapi disebabkan aku ragu-ragu, aku terkial-kial la sikit.. Ngehehe.. Alhamdulillah, smooth aje kereta gerak tapi lebih laju daripada kereta yang biasa aku belajar sebelum ni... Takut gak langgar benteng ke kan... Z-Course pulak.. dah lepas.. Alhamdulillah, sebab masa awal-awal latihan, aku selalu aje langgar benteng.. Tak pandai nak agak lagi nak pusing stereng waktu mana.. Sampaikan cikgu cakap kat aku, "Saya rasa awak kandas kat Z dah ea..Kandas sini dah rasanya". Aku pun cakap la, "Jangan ar gitu, cikgu. Tak mboh kandas". Lega dah kat Z-Course, naik bukit pulak... Aku stop kat bawah sementara tunggu arahan. Papan tanda "JALAN" diangkat ke arahku, tapi aku berdebar sangat sampai rasa "betul ke aku kena jalan?", aku stay dulu.. Tak lama lepas tu, papan tanda tu diangkat sekali lagi, baru la aku yakin aku kena jalan.. Alhamdulillah, tayar masuk elok aje dalam garisan kuning. Aku menyebut nama then angkat tangan tanda puas hati bila dah masuk garis tu. Bila dapat arahan jalan, tetiba berdebar gile sebab part ni aku paling lemah. Nak jalan tu, tetiba enjin mati. Aku hidupkan balik sebab kalau enjin mati, still ada chance. Lepas hidupkan balik, nak masuk gear satu, susah sangat.. Bila dah nak gerak tu, handbrake pulak susah nak turun, jadi kaki aku terlepas tekan minyak skit. So,terundur la. Allahu, aku cakap kat JPJ tu, "Encik,sekali lagi boleh tak?? Boleh la,Encik..Please..", dia pun bagi... Sekali lagi, tak dapat jugak, kereta terundur lagi.. Cikgu pun ambil kereta yang aku naik tu, maknanya aku kandas la ujian Bahagian 2 ni.. Aku cakap la dengan JPJ tu, "Encik tak boleh tolong ke? Tolong la encik", muka pucat + nak nangis masa tu. Dia cakap aku salah masuk gear 3.. & siap pesan lagi, lain kali tekan minyak kuat-kuat... Jangan tekan slow sangat.. Ok la.. Dah nak buat macam mana, aku dah usaha sehabis baik, tapi takde rezeki.. Lepas tu, aku down gile.. putus asa sangat... Dah sah-sah aku kandas test kereta ni.. Macam-macam aku fikir nak jawab macam mana kalau kawan-kawan, mak ayah, cikgu tanya?? Matilah aku.. Malu nak berhadapan dengan orang lain.. Hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa time tu.. Tapi, Alhamdulillah semangat datang balik sebab aku tak nak la kandas kedua-dua bahagian.. Lulus 1 dah ok sebab berdasarkan aku, nak lulus ujian Bahagian 3 lagi mencabar sebab atas JPJ la pulak.. Baik or strict.. Aku redha aje masa tu.. Doa dapat JPJ baik...

Aku tunggu nama diapanggil untuk ujian Bahagian 3 iaitu jalan raya. Cikgu yang aku minta doakan tadi panggil nama aku dengan mikrifon, dia ulang 2 kali.. 1 nama penuh, 1 lagi just nama panggilan.. Aku pun bangun sambil senyum. "Kita doakan supaya Jah ni lulus ya", dengan mic kot.. Malu aku! Takpe, thanks cikgu sebab doakan.. Bila cakap macam tu, ramai la turut berdoa maybe.. Cikgu pun tunjuk kereta yang aku perlu naik.. Sejuk mata & hati bila kereta yang aku bakal drive tu, calon sebelum aku tu lulus.. So, first impression aku dah perbetulkan and jadi positif automatically! Alhamdulillah..

Salam diberi sambil menghulurkan borang kepadanya.. Aku buat RSM dengan penuh yakin. Tanpa membuang masa, aku cakap kat JPJ tu. "Maaf Encik,kita sudah nak gerak, sila pakai tali pinggang keledar ya.". Dan yang paling mengejutkan dia cakap, "Eh, dah nak gerak? Banyak lagi awak tak buat." Aku cek la apa yang tak cakap.. "Ada 5 perkara awak tak buat, kandas dah". "Ha? Kandas? Jangan la Encik, Ya Allah, yang dalam ni kan?"(sambil menunjukkan ke arah meter-meter kat depan aku). Dia cakap, "Ye! Dah, tak payah buat la, jalan". Aku dahulukan ucapan terima kasih sebelum gerak. *Malu kot kalau aku kandas kereta tak jalan lagi. Nak sorok kat mana la muka ni kan? Cikgu dah doa kuat-kuat guna mic*. Alhamdulillah, syukur sangat. Nak keluar dari PSM pulak, kena naik bukit, aku tunggu kat bawah macam yang cikgu ajar.

JPJ: Naik atas, duduk betul-betul belakang kereta tu. Cikgu ajar tunggu kat bawah kan?
AKU: Ye. Tunggu kat bawah.
JPJ: Dah, naik atas. Berhenti belakang kereta tu, cikgu suruh tunggu kat bawah sebab nak selamatkan kereta dia aje. Supaya kereta depan tak langgar dia bila terundur. Biar aje kereta depan tu kandas kalau dia terundur langgar awak.
AKU: Ok,Encik.. Macam tu rupanya..Hehe

Masa nak jalan keluar, kereta aku pandu tu enjin mati.. Aku pandang JPJ tu sambil berkata,

AKU: Maaf Encik.
JPJ: Start balik enjin tu.. Kalau awak nak tahu dah 9 orang kandas sebelum awak ni. Kalau termasuk awak, pandai-pandai la.
AKU: Ha? Jangan la kandas encik.. *Muka cuak*

Nak jalan balik kereta mati lagi.. Aku rasa ada la 3-4 kali enjin tu mati..
Dia pun ajar aku.. "Ok, angkat clutch separuh aje..Separuh aje ye..Jangan angkat habis"
Then, ok dah.. Alhamdulillah... Nak keluar susur pun senang aje sebab tiada kereta yang lalu..
Tetiba JPJ tu cakap kat aku, "Awak kandas dah sebenarnya". "Ha? Kandas dah?? Tolong la Encik, jangan la kandas". JPJ tu sambung, "Ada saya kisah awak kandas? Tu urusan awak la dengan mak ayah awak, Tiada kaitan pun dengan saya. Pandai-pandai la awak jawab dengan parents awak.". Sentapnya ayat dia.. Aku pun jawab, "Ok". Mood dah berubah.. Aku tak tahu la muka aku macam mana. Tetiba, keajaiban berlaku.. "Saya gurau je. Kalau saya buat awak kandas, awal-awal tadi saya dah bawa balik kat tempat bermula. Dah, teruskan". Alhamdulillah.. "Terima kasih,encik". Aku dapat jalan C a.k.a jalan yang paling aku tak suka sebab ada U-Turn & terasa jauh sangat. Aku terpandang ada lori kat tepi jalan dengan lampu hazard, kena lencongan la sikit. Dalam hati dah nak bagi signal kanan.. Tapi, JPJ tu cakap dulu kat aku, "signal kanan,ada lori tu". *Rasa macam cikgu aje kat sebelah, sejuk rasanya.* Nak tukar lorong pulak, JPJ tu cakap jugak. "Signal kanan, ok masuk". Time nak U-Turn, aku dah cuak balik.. Takut langgar garisan. Macam yang cikgu ajar, aku berhenti macam biasa, belok sikit aje tapi macam still straight.. "Memang cikgu ajar berhenti macam ni ke? Ni la salah satu kelemahan tenaga pengajar! Salah tau berhenti macam ni. Kena belok lagi. Awak tengok kereta depan tu, belok kan? Beza sangat dengan awak ni. Macam mana awak nak nampak kereta dari arah sana?".. Aku jawab, "Ha'ah,,Ye la, belok banyak.. Ni pun susah nak nampak kereta dari depan".
JPJ tu cakap, "Ok,dah boleh gerak", tapi disebabkan aku tak yakin, aku stay lagi kat situ.. Ngehehe.. JPJ tu cakap lagi tak lama lepas tu, "Ok,cepat-cepat jalan..Takde kenderaan da". Aku pun jalan... "Cepat-cepat pusing stereng.. Ok,teruskan".. Sama la macam cikgu kat sebelah aku.. Dah tak berdebar dah.. Alhamdulillah..

JPJ: Ramai ya orang Melayu berniaga kat sini?
AKU: Ye, ramai. Jual nasi bajet.
JPJ: Bagusla kalau macam tu...
AKU: Ha'ah, lepas keluar dalam Majalah 3 pasal ni. semakin ramai yang berniaga macam ni.
JPJ: Oh, macam tu.. Bagus orang kat sini.. Orang Melayu berniaga..
AKU: Tapi,kalau kat kemaman, ramai orang cina yang berniaga,Encik.
JPJ: Agak-agak awak la.. Kalau orang Melayu berniaga, orang kaum lain beli tak?
AKU: Beli je.
JPJ: Cuba bayangkan tu orang Cina berniaga. Orang Melayu pergi beli tak?
AKU: Tak Kot... hehehe...

Banyak jugak aku cakap dengan JPJ ni.. Ada jugak beberapa kali kereta ni mati. Kat traffic light pun ada mati.. Aduhh... Tapi dia just cakap, "OK. Relakz. Hidupkan balik. Angkat clutch separuh aje je".
Nak nangis pun ada.. Sebak kot.. Bila dah balik kat tempat bermula, dia tulis markah kat aku.. Atas tong! BTW, Alhamdulillah... Better than fail,right? Aku ucap, "Terima Kasih, Encik". Senyuman terukir di bibirku... :D

Lepastu, pergi kat pondok tunggu, tanda result.. Then, aku pergi tempah tarikh untuk ulangan. Aku dah siap-siap bawak duit sebagai langkah berjaga-jaga kalau tak lulus. Kalau tempah awal,dapat tarikh awal sikit. Nanti dah nak sambung belajar pulak kan... Then, cikgu datang. Dia tanya macam mana, aku menggelengkan kepala..Sedih sangat.. Aku bagitahu la kat mana aku kandas, cikgu muka slumber aje.. Tadi, gitu ar. Rasa tak best la, cikgu ajar lama dah, tapi tak lulus jugak... Kecewa tu ada la..

Aku pergi kat kafe,beli air.. Cakap-cakap dengan kawan & orang kat situ.. Ramai kandas hari tu.. Ramai sangat... Jalan raya la ramai kandas.. Aku, Alhamdulillah jalan raya lulus sebab JPJ ni kita susah sikit.. Tak tahu diorang macam mana.. Unpredictable.. Kalau litar, takpe.. Just kena buat elok-elok la.. Cikgu datang, dia tanya pulak.. "Awak JPJ mana test jalan raya?". Aku cakap,"En. Abd Rahman". Terkejut muka cikgu.. "Biar betul? Strict gile JPJ tu ow. Aku cakap, "Eh,tak pun..Baik je". "Ok la tu, mood dia ok kot.." (Aku tertengok nama dia lepas balik dari test, kalau tak tengok,aku pun tak tahu) Syukur la dapat JPJ tu... Baik hati... :D


****************************


Dua hari sebelum test seterusnya, aku datang latihan..
Mama pesan, "Belajar sungguh-sungguh gitu!".. :) :) :)

Sehari sebelum test, aku minta cikgu ajar bukit,sebab aku paling takut kat bukit la..
Masa naik kereta, cigku cakap.. "Ok,naik bukit 10 kali"..
Aku ok je.. 10 kali tu berturut-turut la.. Kiri 5, kanan 5.. Then,cikgu tinggalkan aku buat sorang-sorang untuk yang lain.. Lepas tu, aku ada la naik 2-3 kali lagi bukit.. Hahha.. Banyak kali naik bukit.. Tapi, aku tak la fokus bukit sahaja..Kena fokus semua la.. Overall! Lepas dah habis masa, cikgu datang balik, then tanya aku, "Awak nak berlatih lagi dok?" Dengan pantas aku jawab, "Nak".
"Ok. nanti awak tunggu kat blok D..Tunggu ada panggil nama awak..Tunggu la 2 jam.. Kalau tak panggil gok,awak balik la. Kalau ada rezeki, boleh la berlatih lagi". Aku senyum aje... "Terima kasih, cikgu".

Zohor dah masuk, aku terfikir jugak nak solat dulu.
Cikgu: Kalau awak nak solat dulu, pergi la.
Aku: *Diam* Tak lama lepas tu, "Cikgu, saya gi solat dulu boleh?"
Cikgu: Kalau boleh solat,pergi la... Ke tak boleh nak solat? *Sambil sengih*
Aku: Ha? *Cepat-cepat pergi ke surau sambil diperhatikan orang ramai.. Malu wei!*

Lepas solat,aku datang balik kat Blok D. Tunggu cikgu mana yang free untuk ajar aku,,,
Dalam 1 jam lebih aku tunggu... Tapi, tak la bosan sangat sebab tunggu sambil tengok cerita best, 'Dawai Asmara'.. hehehe,,, Layan jugak aku! Pukul 3, namaku dipanggil..

Pok Li: Mu molek skit dengan cikgu ni. Ye suka sentuh tangan orang.
Aku: Ok.. *Senyum*
Pok Li: Mu ajor ye molek owr. Wat belaka parking A & parking B. Ajor molek owr! Esok dah nak test tu.. Mu molek skit, kang ye sentuh tangan mu.. Dok leh kira ye owr..
Aku: Hehe,,, Terima kasih.. :)

Awal tu,aku naik axia jap.. Then,tukar kereta kancil pulak sebab cikgu nak ajar orang lain untuk jalan raya guna kereta tu.. Best bawa axia! Tempat duduk dia best! Dekat dengan stereng. 1 more thing, untuk Bahagian 2, memang naik kereta kancil.. Viva ada 1-2 buah aje...

Aku pun bermula la latihan dengan kereta kancil cikgu tu.. Pergh.. Clutch dia rendah sangat! Aku biasa kereta yang clutch tinggi.. Clutch rendah ni angkat sikit, dah gerak & kena tekan minyak kalau nak jalan, baru enjin tak mati.. Kereta clutch tinggi, tak tekan minyak pun takpe, just angkat tinggi clutch tu... Aku syukur sangat Allah perkenankan doa aku nak berlatih kereta clutch rendah.. Sebab masa test sebelum ni aku dapat clutch rendah sedangkan aku tak pernah bawa yang macam tu.. 1 jam aku berlatih dengan kereta tu.. Naik bukit pun banyak kali jugak, dalam 10 kali kot.. haha... Masa ni pukul 3 hingga 4 petang, tak ramai berlatih, so cepat sikit la dapat untuk latihan parking.. Tak perlu tunggu lama-lama...

Sampai rumah pukul 4;30 petang.. For the first time aku balik lewat dari PSM..
Takpe,takpe... Last kot... Esok dah nak test... Belajar sungguh-sungguh!


*********************************


Hari test dah tiba, untuk ulangan Bahagian 2, RPK & RSM kena buat balik... Kalau ulangan Bahagian 3, tak perlu buat dah... So,aku kena hafal balik semua tu... Senang ajeee!
Lepas siap tu,cikgu suruh rehat.. Orang lain makan & minum, aku takde selera nak buat semua tu.. Lagipun aku dah makan kat rumah... *Biasa la, kalau aku ni dah berdebar,semua tak boleh masuk dalam perut*

Aku yang risaukan clutch ni tanya kat cikgu,
AKU: Cikgu, kereta mana sedap ek?
Cikgu: Yang mana?
AKU: Yang banyak-banyak tu.
Cikgu: Sedap belaka... Kereta ni sama je.. Awak belajar dengan cikgu mana?
AKU: *sebut nama cikgu aku*
Cikgu: Dah tu, boleh la bawak yang mana-mana. Ok, macam ni, awak naik dulu kereta yang ada. Kalau awak rasa dok selesa, turun balik & datang ni, bagitahu kat saya @ cikgu tu, kata nak kereta lain. Then, cikgu kata la tunggu dulu ke gane-gane eh.. Kalau dok selesa, kabo je..
AKU: Ok, terima kasih, cikgu.. *senyum*

Lama jugak tunggu.. Pukul 12:30 lebih baru tiba giliran aku.. Sebab dia bagi orang sesi 1 calon baru dulu yang buat.. 40 orang! Lama tunggu tu.. Bila nama dipanggil, aku meluru ke arah kereta bernombor 71.. hehehe.. Sebab aku tengok ramai yang lulus naik kereta tu.. Aku pun nak lulus jugak! Aku tanya la kat calon yang naik kereta tu pasal clutch kereta tu.. Dia cakap clutch dia tinggi skit, minyak susah nak tekan,berat. Aku dengar clutch tinggi, terus ok! Sebab aku memang nak yang clutch tinggi sebab da biasa kan.. Alhamdulillah... kereta ni ok dengan aku..

So, bermula la.. S-Cousre & Z-Course aku dah ok! Bila sampai bukit,terus cuak! Aku ambil lorong kiri... Mula-mula nak lorong kanan, tapi dah ada kereta lain + tengok JPJ yang kat dalam tu muda,aku tukar fikiran... Hehehe... Jauh sikit la,.. Takut yang muda-muda ni, garang skit kot..

Dah naik, Alhamdulillah masuk dalam garisan kuning.. Hilang 1 debaran... Aku sebut nama, then dia suruh jalan turun.. Part ni, debaran paling maksimum! Aku tekan minyak kuat gila masa kereta dah gerak, sampai bunyi geseran.. Hahaha... Semua tengok aku! Lantak la, asalkan aku dah beres past bukit puaka tu! Wakakaka! Lepas je turun bukit, tetiba rasa sebak nak nangis sampai sistem pernafasan aku tak betul... Nasib baik tunggu parking lama jugak, boleh la tenangkan diri sebentar..
Parking & 3 penjuru aku ok aje.. Alhamdulillah...

Turun tu, aku terus ke pondok kayu yang cantik tu untuk ambil borang aku! Muka Happy la sebab lulus kan.. Banyak pulak harapan orang yang menanti aku lulus! :D

Di pondok,
JPJ: Nama apa?
AKU: *Sebut nama aku*
JPJ: Ok, Mari sini ambil.
AKU: Terima Kasih. *dengan nada ceria & gembira*
JPJ: Sama-sama kasih.. Kasih dipertimbangkan...
AKU: Senyum! :D *Lawak la JPJ ni*


Sebelum balik, aku cari cikgu aku untuk ucap terima kasih & bersua buat kali terkahir sebab lepas ni aku maybe tak datang dah PSM.. Huaaaa! Tapi, cikgu takde... Aku cari kak Ros.. Kak Ros pun takde.. Ada kak Yuzi aje.. Aku borak-borak la dengan dia kejap.. Katanya kak Ros, rehat & ada kat surau kot. Aku pun nak pi solat zohor, alang-alang dah masuk waktu. Kalau balik rumah nanti,boleh la terus tidur...Hhehehe...  Jumpa kak Ros tu, tanya la cikgu ada ke tak lagi.. Kak Ros kata, "cikgu dah balik rasanya.. tadi ada gok cikgu cari Jah, tapi Kak Ros kata Jah dok naik lagi kereta rasanya. Dakpe,dakpe, Jah mesej je la kat cikgu".

Lepas solat, aku balik la rumah.. Then, whatsapp cikgu...
Alhamdulillah, dah tak perlu fikir pasal lesen da! Hilang 1 resah gelisah.. Hampir 5 bulan aku ulang-alik ke PSM belajar moto & kereta.. Akhirnya selesai... :)

But the way, mesti aku rindu segala-galanya berkaitan PSM...
Banyak yang aku dapat pelajari sama ada manis dan pahit di sana.. :')

Akhir kalam,

"Esok akan sentiasa menjadi hari ini. Hari ini akan menjadi semalam. Maka esok akan sentiasa dinanti. Apabila sampai masanya ia hanya sedetik sehingga tiada lagi esok, Ketika itu ia tidak cepat dan tidak lambat sesaat"

"Hidup ini tidak selalunya indah. Indah itu hanyalah kenangan. Kenangan itu pula sudah tentu berbeza-beza meskipun ada ketika dan waktunya ia kelihatan serupa tetapi tidak sama"



No comments:

Post a Comment