Thursday, 5 May 2016

Makan semut?

Bismillah...

Lama Maya tak update pasal my progress in learning driving,right?
Haha.. Kisah kali ni agak lawak bagi orang yang mendengarnya/membacanya tapi agak sedih bagi Maya yang menghadapinya... *Boleh faham kan??*

Rasanya ni kali ke-4 & ke-5 Maya belajar memandu.. Baru lagi kan?
Untuk baru-baru ni, Maya quiet kalut la sebab still tak dapat sesuaikan diri dengan kereta & pemanduan. Bila dah kalut, mesti la forget semua benda & do something pun macam merapu aje.
Wakakaka!

Kak Ros bagitahu suruh Maya datang untuk belajar kereta lagi..
Tanpa membantah, Maya datang la & tunggu cikgu. Berdebar tu jangan cakap la ye.. Lup dup lup dup jantung tak henti-henti.. Macam kat konsert dah! Macam biasa, I just waiting my teacher.. Tak lama lepas tu, cikgu datang & suruh naik kereta. Maya just follow his step & duduk kat tempat memandu. Kali ni, belajar dalam litar iaitu bahagian 2 dulu. Macam yang Maya pernah terangkan sebelum ni, 1st S-Course , 2nd Z-Course , 3rd Bukit , 4th Parking & 5th Tiga Penjuru. Masa ni Maya tak ingat lagi jalan dalam litar sebab ada 2 parking iaitu parking A & parking B. Still confuse yang mana parking A then yang mana parking B. Cikgu jugak kena bagitahu jalan. Apa lah susah sangat otak ni nak terima ek?? Sarapan tak kena kot... *That's my thought*

Bila dah bawak tu, Maya berpandukan arahan cikgu. Usually, cikgu cakap.. "Ok, masuk S", "Lalu ikut sini", "Lepas ni, bukit" , "Parking B la" , "ok,signal & masuk sini". Tapi kali ni cikgu senyap aje. Aku pulak terkial-kial, nak tanya gementar. Mula-mula cikgu bagitahu la.. namun lepas parking(masa tu parking B), cikgu tak cakap pun masuk 3 penjuru.. Maya yang tak ingat ni, pergi straight smooth aje la.. Wakakaka... Tetiba, cikgu kata, "Eh, masuk 3 penjuru dok lagi? *dah terlepas*, takpe la stright je la, takmboh a.k.a tak nak undur-undur dah! Makan semut ke? Mu makan semut ea! Ke dalam gula mu ada semut???!". Allahu... Hanya Allah je tahu perasaan Maya macam mana. (Maybe ada yang gelak masa Maya cerita kat diorang. Sokay la!) Deep in my heart, I said, "Ha? Aku tak ingat lagi jalan. Jangan la marah. Kata tak reti marah orang. Ni boleh je marah. Makan semut? Mana ada makan semut. Aku just lambat pikat aje. Ya Allah, sedihnya kena marah. Takuttt! Mama abah! Nak balik".
Tapi, jawapan Maya hanyalah, "Eh,silap". After that, diam seribu bahasa. *Sentap la tu*



Lepas tu, belajar jalan raya pulak. Aduh! Jalan raya la pulak. Dah la Maya ni slow bab-bab tukar gear. Bila dah mood tak okay, konfem perjalanan menempuh sesuatu tu rasa sangat lama! Dan memang pun! Rasa lama sangat bawak kereta hari tu.. Entah mengapa..entah bagaimana... Waktu terasa tidak bergerak.. Lalu pulak jalan jauh, jalan A. Dalam kertas tu kata, 8km. Wakakaa! Jalan B hanya 5km. Jalan C pun 8km. Tapi ok la bagi Maya lalu jalan A sebab jalan A dekat sikit & takde banyak susur tepi traffic light. Cikgu pun senyap jugak. Tak tahu la dia tahu ke tak Maya ni sentap dengan kata-kata dia tu. Ya la... Makan semut? Mana ada orang makan semut. Sedih titew orang cakap cenggitu kat titew :'( Bukannya titiew sengaja pun tak nak buat, lupa aje. Huaaaa! Tapi, takde la Maya tunjuk sangat sentap tu. Buat-buat biasa la although tak tahu muka macam mana masa tu.. Hihikkzzz! *Entah papew la*

Then, Alhamdulillah... Selesai jugak aku belajar kereta ya! Tak sabar nak balik! Home sweet home! I'm coming baby! Hahaha... Ye la. Bila dah moody, rumah adalah tempat terbaik untuk reduce it. Tapi, tak jugak sebenarnya kerana Maya rasa kata-kata cikgu tu terngiang-ngiang kat telinga nih..
So, Maya buat keputusan untuk tanya my freind laluan kat dalam litar tu. Alhamdulillah, faham & rupa-rupanya sangat mudah! No wonder cikgu cakap aku makan semut! Senang sangat! My friend siap buat peta lakaran supaya diri ini faham.. Baiknya hati kawan I kan... Thanks a lot ya! Kalau korang nak tahu, kalau parking A dia ada 3 penjuru A & begitu jua dengan parking B. Tu yang buat Maya rasa pening nak ingat. On the other hand, setiap kali Maya belajar, mesti berderet-deret kereta. Macam mana Maya nak fokus? Aduh...Macam-macam laaa.. #Janganbagialasandong!

Jangan pandang sebelah mata tau! Walaupun tak cantik sangat, tapi nilah yang berjasa! 


Actually, ada 2 kali pada hari berlainan cikgu cakap Maya makan semut. Tapi another story dah lesap la... Garang jugak cikgu ni eh... Walaupun dia tak tinggikan suara sangat, tapi daripada nada tu boleh tahu la & one more thing, walaupun tak high pitching, pedas wooo! Pernah kena tak?? Ngehehe

As conclusion, bak kata orang putih, "Let bygone be bygone". Lepas cikgu cakap macam tu, Maya start belajar sungguh-sungguh sebab tak nak dikatakan makan semut lagi! Huaaa! Tak nak kena marah.. Ada hikmah la cikgu cakap macam tu, eh! Chayok! Chayok,Maya! Jangan berputus asa! Kipidip! Dongibup! *Faham-faham la ye*

Kata-kata Imam As-Syafi'e, "Jika kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan merasa peritnya menanggung kebodohan".

Thanks for reading this entry..  #janganmakansemut

No comments:

Post a Comment