1st Mei.. Aku & kengkawan pi keluaq jalan-jalan..
Rancang simple-simple aje kali nie.. Alhamdulillah.jadi.. :D
But,kali ni bukan Jah la yang beriya-riya rancang.. Tapi kak Q nak sangat gather sebelum masuk belajaq.. Muahahha! Rindu korang tau!
Pagi-pagi dah sedih da.. Tetiba kak Q kata Amira Qisthina tak jadi pergi.. Oh! Amira! Awat???
*Mira ni ceria orangnyaaa, that's why sedih bila dia tak dapat datang* Miss u,adeq~
Tapi, nak buat macam mana, pagi tu jugak dia baru tahu yang dia tak dapat pergi hang out sama-sama this time.. Ayah dia suddenly cakap ada kenduri kat Kelantan..
"Kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah adalah yang terbaik".
-It's okay Mira, you're always in my heart..Cewahhh~ Ayat berbunga-bunga-
Dalam perancangan start pukul 9 pagi.. Tapi, biasa la.. Itu hanyalah perancangan, masing-masing pukul 9:30 pagi baru bergerak! Wakakaka.. Gather kat SMO Book Store macam Farah cadang! Aku setuju je coz kalau gather ni mesti lama jugak nak tunggu cukup orang & bila tunggu kat book store, boleh la belek-belek buku dulu kan.. Aircond pun ada, tak la panas sangat! It's the main point, actually.. *haha,kantoiii*
Pukul 10.00 pagi, semua dah sampai! Alhamdulillah..Terjumpa pulak ex-student, Kak Cu Ah. Chit chat dulu sebentar..Hehehe... Alang-alang dah ada dalam book store ni, tak sah kalau tak beli buku kan? Fortunately, hari ni last promotion untuk pemegang kad ahli SMO! 30% discount,beb! Rugi tak grab! Aku ada kad, kengkawan tak bawa.. So, guna la kad aku punye.. *Nama adik,tapi aku yang pegang sebab dia bukannya bawak ke mana-mana pun* So, 3 orang beli buku + guna kad aku masa nak bayar, suka! suka! Tolong orang jimat, apa salahnya kan? Bila kira-kira 3 orang tu beli buku, jimat RM10++. Banyak tu! (Aku tak beli pun buku,ngegehehe cakap je lebih dia nie,beli tak! Adooiiii.. Duit takde laaa! Next time yaa)
Then,pergi kat Mydin pulak la! Jalan pusing-pusing tengok kedai-kedai kat luar jual barang-barang.
Tak beli pun, survey aje.. Nanti bila ada duit, baru la shopping! Hehehe... Mama pulak ada kirim beli barang, maka masuk la kiraorang kat dalam sana.. Aku beli la barang-barang tu, susu cair & susu pekat manis. Hahaha! (Ingatkan banyak! 2 ajeee?) Takde la, mama ada kirim jugak air Lassi, tapi masa tu awal lagi, nanti bimbang tak elok pulak air tu duk kat tempat tak sejuk.. So, Jah fikir,beli masa nak balik laa.
With my BFF! #cameraedit
Selfie kat orang jual sofa! Hihikzz! #cameraedit
Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Perut pun dah mengamuk minta diisi! Aduh,lapar betul padahal dah makan sikit kat rumah tadi. Mengada betul la kan! Hehehe.. Nak makan makanan mahal lah tu!
So, discuss la nak makan mana.. Nak makan western la, restoran la.. Last-last, food court Mayang Village jugak jadi pilihan. Aku tak kisah pun, sebab tengah pokai uollsss, at least jimat dah!
Yee Mee Chicken Black Pepper Sauce with Mushroom (RM5.83)
Tadaaaa! Itulah menu pilihan kami! Tak tau nak makan apa,so pilih apa sahaja. Ngehehe.. Bila tiba kat food court, Faqihah, Iklil & Mimi pulak yang order lebih awal daripada aku,Amira & Farah! Ade ke patut? Wakaka.. Rasanya aku yang royak a.k.a cakap lapar banyak kali.. Aihhh! Diorang pulak pi order awal... Sabar jeee laaa... Nasib peruttt! Hahaha.. Farah pulak, tak sabar nak order, dia pun join la 3 orang tu sekali.. Tinggal lah aku & Amira jaga tempat makan... Takpe..takpe...
Dah! Semua dah dapat makanan! Jangan gaduh-gaduh yaaa... Aku dah dapat makanan, tapi tak order air pulakkkkk! Camne nie.. So, fikir-fikir, takpe la takde air pun, beli kemudian.. Plus, sini air dia mahal... Faqihah, Iklil, Farah & Mimi dah order air, Mira pulak dah beli air kat dalam tadi.. *Apa nak buat? perut dah lapar, kesian pulak nak buat diorang tak makan lagi semata-mata nak tunggu aku beli air kan? (Baik nya hati Jah nieee,tak selfih.. haha.. takde laa..gurau aje, saje-je tuh.. jangan kata saya riyak pulak) :P Alhamdulillah,kengkawan memahami.. Farah & Iklil tawarkan air kat aku.. Tq ya! Murah rezeki hari ni.. Takyah beli air, jimat lagi! Mira pulak tetiba cakap dia belanja aku! Alhamdulillah, murah betul rezeki..+ dapat jimat! *Takyah cakap betapa pokainya aku,duit pun minta kat mama & abah jeee.Tu la,sebelum ni shopping tak ingat future!. Diam-diam dah laa yee!*
Dah selesai makan, selfie dulu ramai-ramai! Ngehehe! Tak sah kalau tak ambil pic kan?
Gambar tak cantik! Takpe la! Asalkan ada gambar sudahh! #Akutakkisah
Hahaha! Ala-ala duk luar negara skali!!
Tetiba, mak Mira call.. Cakap da on the way to fetch her.. Masa tu baru aje pukul 12.00, dah nak gerak balik.. Aku terpaksa la ikut sebab nak grab kasut! Ngehehe! So, lepas peluk-peluk & cium-cium semua, aku pun ikut la mak Mira kot belakang naik moto.. Mira dengan mak dia, aku bawak sensorang aje. Jauh jugak rumah mira nie, about 25 minutes la. Masuk lorong tu,masuk lorong nie! Pening kepala aku nih... *Dalam kepala, ingat ke tidok la jalan balik nih??*
Sampai-sampai aje, duduk la 2-3 minit, then lembang a.k.a sepahkan ruang hadapan tu dengan timbunan kasut! Nak pilih kannnn! Hahaha.. 3 GUNI uolllssss! Tapi aku cari 2 guni aje.. 1 lagi kasut lelaki.. Dalam 30 minit jugak pilih-pilih kasut.. Saiz nyaaa! Pasangannya! Payah gak r nak cari! Tapi, Alhamdulillah.. Banyak jugak aku grab nyeeee! 9 pasang uolsss.. Hahhaa *Over den! Yang lawaknya, ada 2 pasang yang lain-lain saiz.. Wakaka! 37 + 38 (yang ni dah tahu masa kat rumah Mira sebab nak jugak yang tu,cantik) and 6 + 7 (bila balik rumah,mama tegur cakap nampak macam beza aje).. *haha..wink! wink! aje laaa*
Nah! Ambil ko! Abaikan riben pink tu,nanti aku siyek a.k.a tanggalkan.
Cantik kan?? 3 pasang tu sama aje tapi saiz lain-lain 35,36 dan 37.. Aku hentam semua! Dah boleh muat, aku ambil aje laa.. Dia pun tak kisah.. Thanks,Mira! :D Aku stay setengah jam aje kat rumah Mira, pukul 1.00 petang aku chaw sebab nanti nak beli air Lassi mama & jumpa Farah (dah janji nak datang balik,kena tunaikan! Tak baik mungkir janji tau!) But, otw balik, aku sesat jalan! Oh no! Pening aku cari jalan! Hahaha... Dah la ikut belakang lori sampah, busuk wooo! *Tapi,aku bau ikan patin masak tempoyak pulak masa ikut lori sampah tu.. Entah mengapa, entah bagaimana! Dah la sesat! Bau makanan pulak! Adoyaiii.. Macam-macam yang terjadi.. Dugaan...* Jangan gelak! Aku cakap bende betul niee.. Bukan pengotor ke ape, seriously aku bau macam tu. Ok la! Stop pasal nie.. Hehehe* Then, Alhamdulillah jumpa balik jalan balik.. Kalau tak, komfem aku nangis tepi jalan!
Dah janji, wajib ditepati! Aku balik ke Mydin.. Tapi beg kasut tu besar sangat! Tiba-tiba ada seorang pak cik guard datang menghampiri aku sambil menolak sebuah troli..
"Nak troli ke?", tanya Pak Cik Guard kepada aku..
"Tak.. Erm,pak cik kalau tinggal kat sini *sambil tunjuk beg kasut* macam mana ye?"
"Kalau tinggal sini, alamatnya, takde dah".
"Dah tu, nak buat macam mana ya? Besar sangat la..Hehehe.."
"Erm.. *diam sekejap* Ikut sini *seraya aku jalan tepi dia*"
"Beli apa tu??"
"Susu"
"Patutla nampak sihat, susu anak ke??"
"Eh, tak lah. Mak suruh beli, susu cair & susu pekat manis"
(ada ke patut cakap susu anak?? Adakah aku ni nampak macam dah ada anak? Gemuk sangat ke aku ni? Aduyaiii...Wakakaka! Still thinking about it~)
**************
"Letak belakang banner tu.", pak cik Guard tu tunjuk kat banner Cool Blog.
"Ha? Belakang tu? Orang tak ambil ke??"
"Nak masuk berapa hari??" (sempat lagi buat lawak pak cik nie..haha)
"Pukul 2.00 petang, saya datang balik"
"Ok, dalam 20 minit la.Takpe Pak Cik tunggu la kat tepi tu, takde orang ambil punya"
"Ye.. Terima Kasih, Pak Cik"
Aku pun pergi kat food court lepas call Farah. Nampak dia duduk dengan Iklil & Mimi... Oh, diorang tak balik lagi rupanya.. Bagus la lau cam tu.. Ngeegheehe... Happy sangat! Dapat present! Farah bagi,cantik... Thanks,dear!
Shawl... Light Blue :D I like it very much!
A few minutes later, kami berempat masuk dalam Mydin balik sebab nak tunaikan hajat mama yang kirim air Lassi.. Disebabkankan banyak barang, Iklil & Mimi nak tunggu kat luar, jaga barang. So, takyah la simpan dalam loker, save RM1.00 :D Aku & Farah je la yang masuk.. We're not lucky coz perisa mango takde, ada botol besar aje.. Aku pun beli la perisa strawberry.. Boleh la daripada takde kan.. Mama suka sangat air Lassi nie, so takkan la aku nak hampakan mama.. Kan? Ok aje perisa tu pun,sedap jugak.. Sorry mama..
5 minit lagi nak pukul 2.00 petang!! Barang aku! Aku cakap kat pak cik tu pukul 2, so kena la ambil pukul 2! Bimbang hilang pulak kang!! Ngehehe.. Sampai-sampai aje, nampak pak cik tu ada kat depan, tapi dia membelakangi aku (menghadap parking). *Baiknya pak cik ni, dia tunggu kat situ!*
Aku cakap-cakap dengan kawan aku jap, tengok-tengok pak cik tu dah pergi jalan jaga parking. "Eh, pak cik tu tunggu barang saya! Baiknyaaa! Lama jugak dia tunggu, 20 minit.. Terima kasih,pak cik".
Biarla tak dengar pun,ucap aje..
Masa nak keluar parking, aku nampak pulak pak cik tu jaga kereta keluar.. Aku senyum la kat dia. Dai buat tangan tanda "Like" dua-dua.. Aku angguk, sambil ucap terima kasih dengan gerakkan mulut. Harap pak cik faham apa yang aku cakap. Susah nak cari orang baik macam tu sekarang.. Alhamdulillah, jumpa orang baik sekeliling kita tu pun rezeki tau! :D Balik!! Harap dapat gather lebih ramai lepas.. InshaAllah.. Anyway, thanks korang! Gonna miss all of you!
Thank you for reading this entry..
No comments:
Post a Comment