Bismillah...
Sepertimana yang kita semua tahu, hari ini merupakan Hari Israk & Mikraj iaitu 27 Rejab.
Yura nak shere kisah benar, harap kita semua dapat mengambil iktibar.. :'(
Malam tadi,ada kawan send pasal sunat puasa keesokan harinya iaitu Puasa Sunat sempena Hari Israk & Mikraj. Yura fikir itu perkara baik, apa salahnya share kat orang kan?? So, Yura pun share la kat group-group & kat beberapa orang yang lain..
Sebelum tu, Yura dah start curious pasal puasa nih.. Tapi, Yura fikir, mungkin dah lupa pasal semua ni.. So, buat biasa je la sambil share kat orang lain. Then,tetiba ada cakap kat dalam sebuah group.. "Mana ada puasa Israk & Mikraj". Starting from that moment.. I was be like, "Ya Allah, apa aku buat ni? Kenapa aku tak siasat dulu ke apa ke? Allahu...Betul ke nieee?"
Dangan akal fikiran yang waras, Yura ada la tanya beberapa orang yang lebih tahu bab agama ni. Tapi lama jugak nak tunggu jawapan diorang.. Sambil tu, Yura sentiasa check chat yang masuk kat dalam group-group.. Then, ada la cakap pasal semua tu.. bahawasanya tiada puasa sunat Israk & Mikraj & puasa keesokannya boleh tapi just niat untuk puasa sunat Isnin Khamis sebab 27 Rejab tu jatuh sama dengan hari khamis sumber daripada seorang ustaz.
Tak lama lepas tu, diorang (yang Yura tanya tadi) pun balas pertanyaan Yura. Memang betul takde puasa sunat Israk & Mikraj.. Allahu, jahilnya aku! So, Yura forward balik keterangan yang Yura dapat daripada mereka yang mengetahui kat group & orang yang Yura share pasal tu sebab Yura mesti beritahu perkara yang betul balik selepas buat silap ni. I must responsible on my wrong doings!
Ibrah/pengajaran daripada incident ni:
1)Siasat dulu apa-apa maklumat yang kita dapat tak kira berita pasal apa lebih-lebih lagi berkaitan agama. Then,baru boleh nak share kat orang lain.
2)Jangan mudah percaya dengan keterangan-keterangan andai tiada dalil atau nas-nas yang sohih.
3) Kalau ragu-ragu baik diamkan sahaja. Bimbang kita terlibat dalam menyebarkan sesuatu yang tidak benar. *Refer nombor 1*
Zaman sekarang ni fitnah boleh tersebar dengan cepat aje! Macam kes yang terjadi kat Yura ni la.. Semuanya di hujung jari. Tak sampai 5 minit, semuanya dah tersebar & viral. Bahaya tau! Harap kita semua terhindar daripada perbuatan yang tak elok. Amiin Ya Rabb... Ingat pesanan tu tau!
Kadang-kadang kita tak sangka semua ni berlaku. Tapi, in Sha Allah ada hikmah yang terjadi kerana incident ni mengajar Yura supaya lebih berhati-hati terhadap berita-berita & sumber-sumber yang tidak pasti benar ataupun salah.
Syukran jazilan bagi yang membantu Yura.
Jazakumullahu khairan kathira :D
No comments:
Post a Comment