Bismillah...
Sebagai manusia, kita semua tidak lepas daripada membuat kesilapan..
Solat Taubat? Pernah buat? Jika tak pernah, jom baca sedikit panduan mudah, moga kehadiran Ramadhan akan datang akan menjadikan kita lebih baik dari ramadhan sebelum ini.
Asas utama Solat Taubat:
1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
"Begitu banyak masa berlalu pergi. Masa berbaki yang tinggal begitu suntuk sekali. Apa yang ada dalam genggaman usah dipersiakan. Lalu diam-diam kita bertanya kepada diri...masihkah perlu kita tertawa?"
"Akan tiba masa & ketika kita akan disolatkan buat kali terakhir sebelum dikebumikan"
"Renung dan fikirkanlah dengan bekal tercatat di bahu kanan. Beratkan timbangan kita nanti? Apabila sudah melangkah ke alam kubur, kita tidak mungkin berpatah balik ke dunia lagi"
"Jangan sampai kita terlalu yakin dengan apa yang dimiliki pada hari ini, esok Allah boleh menterbalikkan segalanya"
"Ada dosa yang dibuat kerana tiada ilmu, tetapi ada juga yang melakukan dosa kerana mereka berasa lebih hebat daripada Allah"
"Tolehlah ke belakang mengira usia dan cubalah hitung dosa-dosa semalam. Nescaya kita tidak dapat menghitungnya"
Pesanan:
Semoga entry kali ini bermanfaat untuk semua.. Saya sertakan juga kata-kata yang ditulis oleh Roza Roslan daripada buku beliau..
(Sumber dan adaptasi dari tazkirah.net)
No comments:
Post a Comment