Thursday, 5 May 2016

The First & Last

Bismillah...

Perkara ni berlaku dalam tempoh peperiksaan SPM..
Apo konoi jang? Buat gapo nih? Hahaha... Dah lama rancang nak buat perkara haram ni sebenarnya.. Bukan haram macam mana... Haram yang means dilarang oleh mana-mana pihak. Wakakak! Bila semangat terlebih ni, diri ini terpaksa buat.. Terpaksa okay! *Banyak la ko punya terpaksa,Yaya!*

Pada suatu hari yang indah, geng-geng asrama berpakat la pi buat something yang biasanya dilakukan oleh senior tahun akhir. Apa kelas, duk 5 tahun kat sekolah & asrama, tak rasa nikmat untuk buat semua tu kan.. Hahaha.. Ada 2 perkara yang semua orang nak buat, tapi tak berani bila namanya JUNIOR.. Curious tak?? Agak-agak boleh teka ke??



Gap peperiksaan kali ni agak lama. Petang tu, makanan kat asrama tak membangkitkan selera kami. So, kami rancang pi kedai depan sekolah, beli bihun sup yang sangat sedap! Makan dalam dorm.. *Aduh,kalau warden tahu, mampus den!* Yaya & Yati pi la beli sama-sama. Lantak la apa orang nak cakap, Yaya nak makan tu jugak! Nobody may stop my fullfill! (Kejam bebenor bunyinya ek) During waiting, kami nampak orang lain dah naik tangki air. Kami cakap la, "Eh, awok-awok ye naik doh tangki, nak naik gok! Huaaaa..Awalnya diorang naik". Tapi, kejap sangat diorang naik. Tak sampai separuh yang sampai atas, yang dah jejak tu nak turun dah.. Kesian pulak mereka yang tengah mendaki tangga tinggi-tinggi tu kena patah balik.. :'( Kami tengok aje la sambil bersimpati. Tak boleh nak buat apa jugak.

Dah siap makanan kami! "Yati, cepat r! Nak naik gok! Biar la kita dua je pun..Nak naik gok..JOm! JOm", dengan semangat yang berkobar-kobar. "Dah ye r. JOm! Lewat dah ni..Kena cepat", dua kali lima aje Yaya dengan Yati ni... Hahaha.. Makanan kitaorang, letak kat pondok dulu. Yang penting, dapat panjat tangki air legend tu! Dah naik, rugi la tak nikmati pemandangan kat situ kan?? Kami berselfie dulu.. Snap-snap picture buat kenangan.. Menikmati deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Yang bahayanya, tangga tu dah belumut, so agak licin & kena hati-hati. Dah la tinggi.. Ku gagahi diri ini untuk sampai ke destinasi.. Hihikzzz! Bila dah sampai tu, memang gayat la! Tinggi woo! Dah la gayat, pagar dia pulak takde ciri-ciri keselamatan langsung.. Slip sikit aje, alamatnya, arwah..

Tinggi tak? Gayat gak awal-awal, bila dah lama sikit, enjoy!
(Muka tu dah berpeluh,naik tangga tinggi sangat + takut kantoi)
Bangunan merah oren tu la hostel kitaorang. 


"Eh,eh, tengok-tengok sikit. Kang ade pak guard, mampus kita,Yati". "Eh, orang kampung tengok dok ea? Kang ye kabo kat pak guard kan..Eee, takutnyaaa". Macam-macam cakap atas tu, tu la! Buat benda salah di sisi undang-undang, kehidupan tak selamat ya! Langsung tak rasa aman damai...
Tetiba, tertengok kat bawah, ada beberapa orang Bangla yang tengah buat pembinaan.. "Eh, ada orang la! Berat nanang doh kalu ye kabo kat cikgu-cikgu". Tengok kat tangan dia, "Ha? Handphone? Yati, ye ambil gambar ea? Camne kalau tersebar ni?? Aduhhhh!". Tapi, Alhamdulillah tak lama lepas tu,diorang blah.. Syukur,Syukur... Fuhhh~ Long exhaled,beb! Ye la, dah perempuan mana pulak naik tangki ni kan? Kerja lelaki ni! Ganas nak mampos! *Wakaka! Kami tak kisah nak kata apa k!*

Tiba-tiba ramai pulak yang kat asrama tu keluar jenguk kitaorang. *Malu* Pastu, panggil pulak, kawan-kawan dalam dorm tu keluar, tetiba keluar perkataan "ambil gambar weh! ambil gambar". Hahaha... Ikutkan aje la... Tapi, yang sedihnya camera tak boleh zoom yang jauh sangat. Takpe la, asalkan ada pic walaupun tak clear.. Susah nak ambil dari sini tau! Tinggi & for the first and last pulak tu naik sini..

Rasa dah puas duk atas tu, plus rasa tak selamat sebab bimbang warden nampak, kitaorang pun turun. FYI, pintu pagar dia kunci. So,kami semua lalu kat pagar yang dah rosak. Ngehehe! Bahaya sikit, sebab ada tajam-tajam, nanti luka + koyak pulak baju cantik-cantik nie.. Lepas turun, ramai jugak orang serbu & cakap, "Berani la Yaya & Yati, naik dua orang aje! Saya dok berani. Katang r. Dah la duduk lama", "Eh, jealousnye dengan awak berdua, duk lama atas tu, boleh ambil gambar pulak tu, relax aje. Saya naik dok sampai 1 minit, ada orang kata jom turun lalu", "Best la Yaya, saya dok dang sampai pun, tengah naik tangga lagi, orang atas suruh turun dah. Tak merasa pun sampai atas". Alolo..sedih jugak dengar luahan korang.. Tapi, maybe ada hikmahnya.. Kang warden & pak guard nampak ,tak pasal-pasal kantoi & kena hadiah tambahan iaitu kena marah..Jangan sedih-sedih ye kengkawan semua..

********************************************

Last day stay kat asrama pulak, kami terjun kolah mandi!! Heaven tau!
Angan-angan terjadi akhirnya... Setiap kali mandi, mesti cakap, "Kekgi lepas SPM nak terjun kolah ni. Mesti best kan! Air jernih gituuuu.. Buat ala-ala mandi dalam kolam renang". Bukan Yaya sorang je yang cakap, maybe semua orang pernah terdetik dalam hati,nak terjun kat dalam tu..

Lepas solat Asar, semua geng hostel dah berpakat nak terjun sama-sama! Yaya paling bersemangat tau! Hahaha.. & Yaya jugak orang pertama rasmi masuk dalam kolah tu sebab dah terlalu exited, uollsss!  5 tahun menunggu detik-detik ni terjadi.. Then, ramai la menyusul lepas Yaya masuk tu.. Lama pulak kami mandi-manda..Agak-agak dalam 1 jam.. Hehhee... Ye la, setiap kali nak berhenti, ada je cakap, "Sekali je lagi..jom!".. Nak tahu apa tu sekali lagi? Terjun dari atas! Hahah... Habis terpercik air-air... Nikmat air tu sejuk sangat!

Korang bayangkan kolah kami macam kolam renang ni la ye! #over
(Sorry, takde pic kolah kesayangan kami)


Ok, then lepas tu.. Balik ke rumah masing-masing. Sedih la pulak..

Namun, dah terlaksana hajat warga asrama sekalian...

1st : Panjat Tangki Air
2nd : Terjun Kolah Mandi

Actually, tak sangka yang Yaya ni dapat buat semua ni.. Lebih-lebih lagi panjat tangki tu..
Alhamdulillah.... Speechless dah... Tata!
(Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan ya)

Sebelum habis entry kali ni, Yaya nak share 1 kata-kata,
"Kenangilah apa yang telah dilalui semalam. Hayati apa yang ada hari ini. Fikirkan apa yang harus dilakukan untuk bekalan hari esok".

Thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment