Seorang Syeikh berjalan dengan murid2nya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak.
Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya : "Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?"
Salah seorang murid menjawab : "Kerana kehilangan sabar sebab itulah mereka berteriak."
"Tetapi, mengapa mesti berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya? Bukankah pesanan yang dia ingin sampaikan boleh diucapkan dengan perlahan saja?" Tanya Syeikh menguji murid-muridnya.
Murid2nya pun saling memberikan jawapan, namun tidak satu pun jawapan yang mereka sepakati.
Akhirnya Syeikh berkata:
"Bila dua orang sedang marah, ketahuilah hati mereka saling berjauhan. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka mesti berteriak agar perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakannya. Kerana jarak kedua hati itu semakin jauh."
"Begitu juga sebaliknya, di saat kedua insan saling jatuh cinta..", lanjut Syeikh.
"Mereka tidak saling berteriak antara yang satu dengan yang lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara kedua hati sangat dekat."
"Bila mereka semakin lagi saling mencintai, apa yang terjadi? Mereka tidak lagi bicara. Mereka hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih-sayang. Pada Akhirnya, mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."
Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut:
"Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian berjauhan. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kian menjauh. Kerana jika kita biarkan, satu hari jaraknya tidak akan lagi boleh ditempuh."
Copy paste from fb : Zonkuliah
No comments:
Post a Comment