Bismillah...
Seperti yang ktia semua sedia maklum, tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh khas untuk mengenang dan menghargai jasa guru-guru yang sentiasa ikhlas mencurahkan ilmu kepada para pelajar...
Oleh itu, tidak lupa juga untuk saya turut mengucapkan....
"Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia terutamanya guru-guru yang pernah mendidik saya sejak kecil sama ada di rumah mahupun di sekolah, sama ada formal ataupun tidak formal.. Ibu bapa, kawan-kawan, guru-guru tadika [Sekolah Tadika Yayasan Islam Terengganu], guru-guru sekolah rendah [Sek.Keb. Durian Mas] & guru-guru sekolah menengah [SMKADHA@SMKATJ]. Jasamu akan ku kenang..Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian..." :D
#panjanglagisebenarnya..
Yura nak cerita pengalaman hari guru pada tahun 2016.. For the first time sejak ada akal, Yura sambut hari guru tanpa bergelar pelajar sekolah lagi... Huaaa! Bunyi macam sedih aje kan... But, hari guru tahun ni rare sangat (bagi Yura la) Ngehehe... Hopefully, semua ni akan kekal dalam kotak memori yang berhabuk tu..
Sabtu (14/5/2016)
"Ainul tak mboh beli hadiah hari guru ke?"
"Hor, ye ar. Dok beli lagi hadiah hari guru.. Isnin ni dah.. Kak Yura pun nak beli gok"
"Gi beli dengan kak Dini la malam ni ke. Mama nak gi dah petang ni"
Panjang lagi perbualan tu, tapi biasa2 aje la. Lepas Maghrib, My siblings & I pergi mencari hadiah yang nak bagi kat cikgu-cikgu kesayangan.. Fikir punya fikir, kami pi kedai Mr. DIY coz banyak barang yang best2 kot... Haha.. One more thing. senang nak cari. Sebab semuanya peralatan.
Yura beli note stand untuk cikgu kat sekolah.. cute sangat! Bila tengok tu, terus kamching, tak nak yang lain dah.. Pusing punya pusing, yang first jugak menjadi pilihan hati.. *Begitula selalunya* Yura ambil 5 aje sebab bajet sikit aje.. :'( Lepas tu, rasa nak cari lagi, sebab nak bagi kat cikgu yang ajar motosikal & kereta), bila dah nak bayar note stand tu, Yura ternampak key holder, nice! nampak elegent untuk lelaki.. Sesuai sangat!!!
Tapi, adik Yura tak beli lagi present untuk cikgu dia. Katanya takde yang berkenan kat hati. So, my older sister ajak pi mydin la pulak... Kat mydin, dia beli buku nota yang comey sangat! Tapi sama dengan yang tahun lepas.. Buku nota campamp hard cover yang bercorak. Suka jugak! Yura beli 1 lagi present untuk Kak Ros yang dah banyak tolong Yura uruskan lesen & sesi pembelajaran Yura sewaktu di PSM Academy... Terhutang budi sangat! May Allah bless you, sister... Thanks a lot! Untuk kak Ros, Yura beli sebuah buku Islamik.. Tajuknya best sangat! Tapi, Yura dah lupa tajuk apa. Sorry guys! Yang pasti, best la! Pasal seorang gadis mencari kebenaran dalam agama.. Kisah hidupnya, liku-liku kehidupannya... Hope you like it!
Ahad (15/5/2016)
Pagi-pagi lagi, selepas subuh Yura dah bersiap sedia untuk membalut hadiah-hadiah yang dibeli semalam.. Exited sangat! Sebab dah dapat idea cara nak balut note stand tu... Plus, Tak sabar jugak nak kasi hadiah tu kat cikgu-cikgu..
Siap! Dalam pukul 9.00 pagi, semua hadiah dah settle dibalut. Termasuk hadiah adik Yura.
Mengada betul suruh orang balut present yang dia punya.. Takpe... I suka balut hadiah! Suka tengok hasil titik peluh sendiri.. Rasa puas...
Isnin (16/5/2016)
Subuh dah siap mandi.. Nak pergi mana Yura oi? Awal betul hang bersiap!
Actually, banyak perkara yang perlu disettlekan hari ni.. "Buat medical check up, pergi PSM Academy, pergi sekolah & pergi pejabat JPJ"
That's my plan... But the way, it's only my plan.. Allah also had His plan to me. And the most important thing is, His plan is the best!
7.30 lebih pagi, Yura dah bertolak ke Klinik Kesihatan Telemong untuk buat medical check up. Dekat pukul 8.00 pagi, I dah sampai. Semangat betul nak buat medical check up! Namun, malang tak berbau, Yura tak boleh buat medical check up pagi tu sebab salah Yura jugak! *Lepas ni tak buat dah* Yura tak isi form yang disediakan.. Nurse yang jaga kaunter tu cakap, kena isi dulu, kalau tak isi, nanti doktor tak sign. Yura pun isi la kat meja yang disediakan. But, signature abah pulak aku tak minta! Main tiru-tiru tak boleh uolllss! Barang penting kan, kalau surat-surat sekolah yang nak pergi kem ke apa ke boleh la ko nak tiru or reka.. *Nampak sangat pernah buat* Ngehehe! Nakal betul~ Then, nurse cakap, datang balik la pukul 2.00 petang ni. I jawab "ok" aje la.. Walhal dalam fikiran ni banyak lagi urusan aku.. Tengok dulu la macam mana. Esok pun boleh datang.
Disebabkan awal lagi, Yura balik semula ke rumah.. Dengan sejuta harapan agar abah tak marah sebab cuai tak isi form penting! Wakakak! Alhamdulillah.. Abah tak marah pun sebab abah busy dengan kerja dia... Huhu.. Lepas abah sign, Yura keluar pergi PSM pulak... Dalam pukul 9.00 pagi gituh... Sampai aje kat PSM, Yura keluarkan hadiah yang nak bagi kat Kak Ros, Cikgu Motosikal (Pok Ku & Pok Li) & Cikgu Kereta. Berende-rende bowok hadiah... Malu la jugak... Tapi, biasa la... Hari Guru kan...
"Mama, Kak Yura rasa nak bagi hadiah la kat cikgu moto & kete. Mesti terharu kan? Mama rasa ada dok orang bagi hadiah kat diorang ek? Kak Yura rasa takde la...Sedihnya", kata-kataku pada mama dua hari lepas.
Setibanya aku di PSM.....
Mencari-cari cikgu kereta, tapi tak jumpa. *Intai-intai deko aje*
Then, ternampak Pok Li, nak bagi hadiah kat Pok Li, tapi dia pergi kat belakang cafe pulak. Ops! Ternampak cikgu kereta pulak, aku sengih aje, nak pergi, ramai sangat cikgu lain yang minum tepi dia. So, aku pergi kat kak Ros dulu la. Aku buat derk je pergi bagi hadiah kat Kak Ros walaupun ada dua orang lelaki dekat situ.. Tak tahu nak cakap macam mana reaksi dia.. Macam terharu, da merah muka.. Ulang perkataan, "Hol aloh Yura, Wat nyusoh je". Aku jawab "Dok pun, biasa je. Terima Kasih, Kak Ros".
Nampak pulak Pok Ku kat meja depan kerusi tempat menunggu motosikal. Aku terjah aje walaupun ramai gila orang menghadap dia. Dalam fikiran aku, "Eh, kekgi nok pergi skolah pulak. Lambat kang!". Sebak sangat masa ucap selamat hari guru kat Pok Ku.. Nak nangis sangat! For the first time ever aku rasa macam ni bila ucap ucapan hari guru kat cikgu. Then, ternampak pulak Pok Li dari Blok D ke Blok C. Aku angkat tangan menandakan aku nak cakap something. Aku pun ucap selamat hari guru kepadanya dengan sebak... Tahan wooo nak nangis! Dari kajauhan,nampak cikgu kereta di cafe,tempat yang sama aku nampak pada awalnya. Aku senyum aje la. Bila dah sampai dekat sikit, aku terfikir, nak lalu ikut mana ya? Nampak aku tercengang tak tahu nak buat apa, cikgu beri isyarat lalu ikut belakang kerusi tu. Pastu, aku pi la. Entah mengapa, sebak aku semakin menjadi-jadi, sampai bibir & muka aku terketar-ketar.. I couldn't imagine how does my face looks like! :O Cakap dengan sebak, memang aku tak boleh.. Tapi, takkan nak nangis kot! Control Yura! Control.. Aku dapat rasakan yang cikgu tahu aku sebak nak nangis sebab aku tengok muka dia tengok pelik kat aku.. hahaha! So, cikgu pun tak tanya banyak, aku pun pulang.. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku, senang aje jumpa kesemua cikgu-cikgu yang ajar aku... Bila aku fikir-fikir balik, maybe rasa sebak tu hadir kerana aura kegembiraan cikgu-cikgu. Aku pun happy sangat dapat kasi hadiah kat semua walaupun hadiah aku beri tu tak seberapa.
******************
Alhamdulillah... Selamat sampai di sekolah kesayanganku.. :D
Aku parking moto kat tempat pekerja. Hehehe.. Memang aku selalu parking kat sana sebab tak banyak sangat kenderaan, nanti senang nak keluar. And the most important thing is takde budak lelaki. So, tak la malu sangat nak bawa moto. Especially, masa nak naik & turun moto, dah la aku ni ganas! Hehehe
Lepas kawan-kawan sampai (Mimi, Iklil, Shai. Najihah Azami, Asma), kami pergi jumpa guru-guru tercinta di bilik guru. Kemudian, beralih ke Dewan Abbas. Jumpa Mok B, cakap-cakap sikit, pastu Mok B tanya pasal kad iStylo pulak sebab Yura dah pernah terangkan sebelum ni tapi tak berapa jelas. Hehehe.. Then, aku terangkan la serba sedikit. Beralih pulak kat cikgu lain, tetiba Cikgu Raina cakap, "Haaa! Awak la yang bisnes online tu kan? Apa yang awak bisnes tu? Cer terangkan sikit". Hahaha.. Malu I tau.. Ramai betul cikgu-cikgu tahu aku ni sedang berbisnes... Wakaka! Then, aku terangkan pulak kat 3 orang cikgu iaitu Cikgu Raina, Ustazah Kembang & Cikgu Nazila. Cikgu duduk atas kerusi best yang biasa atas pentas time apa-apa perhimpunan untuk jawatan tertinggi sekolah, aku pulak berdiri aje terangkan.. Memang betul-betul coaching nih! Best jugak bila terangkan kat orang lain ya secara offline. Nak lagi best, kena ada slide! Baru best, ni aku terpaksa belek-belek phone cari gambar pasal iStylo.. Lambat pulak tu! Segan I dibuatnya... *Mesti orang pelik kan, apa la Yura ni main handphone depan cikgu* -Aip! aip! Just think positive ok!-
Last-last, tinggal Cikgu Raina aje yang dengar aku terangkan. Then, cikgu ajak aku pi bilik dia sebab dalam dewan tu panas sangat.. Dalam bilik cikgu, ada aircond.. Sejuk & nyaman ajeeee! Best! Privasi sikit nak berbisnes nie.. Hehehe.. Alang-alang dah berbisnes, tak salah aku promote Buku English Itu Mudah jugak. Begitu la, adat berbisnes... Selain tu, aku nak bantu cikgu berjimat & cikgu pun boleh promote kat pelajar-pelajar, boleh la diorang improve their english skill especially grammar. Walaupun aku ni tak pandai jugak English, tak salah aku nak bantu kan? :D Yang best, cikgu bagi something pulak kat aku.. Hehehe... Air mineral, puding koktail,gula-gula (cukelat nissan & cukelat tapak kaki). Alhamdulillah.. Rezeki, lagipun aku pun lapar.. Hehehee... OK! Done, aku pun cari cikgu-cikgu lain pulak sebab dah nak pergi kat lain pulak..
*****************
Bertolak dari sekolah pukul 12.10, sampai destinasi pukul 12.30. Shut! Aku memang nak sampai sana pukul 12.30 sebab nanti orang nak rehat pulak.. Aku parking moto kat luar aje. Disebabkan aku pergi sorang-sorang, aku tanya kat Encik Guard kat pintu pagar masuk kat mana nak buat lesen P. Maklum la, pejabat JPJ ni besar, tak pasal-pasal pulak aku sesat nanti! Hahhaa! Yang paling penting, masa tu dah suntuk! Kena cepat.. Alhamdulillah, cepat aje sampai.. Lepas isi form, aku tunggu kat tempat menunggu sambil baca buku & tengok tv yang aku tak dengar pun apa yang dia cakap. Hahaha.. Lama jugak aku tunggu coz 1 kaunter sahaja yang buka. Dalam setengah jam aku tunggu giliran, Alhamdulillah urusan berjalan lancar.. Lesen P aku siap! Tapi, gambar tak cantik! Huaaa.. Aku bagi gambar habis clear, tapi dalam kad, I be like, "Wakpe gini? Kelabu aje. Dah la gelap". Erm, ikut la heh,,, Lepas 2 tahun nanti, tukar pic lain pulak yeee! Hahaha...
Lapar la pulak, aku pergi kat kedai kat bawah.. Beli roti aje, untuk alas perut. Dari pagi aku just minum air susu kambing perisa coklat & 4 keping biskut kraker.. Mana tak laparnya kan?? Masa makan tu, ada seorang adik cute datang kat aku sambil hulurkan bungkusan gula-gula. "Buka", katanya.. Aku tercengang kejap.. "Aik? Dia datang kat aku? Ada aura keibuan ke? Hahaha". Aku pun buka la.. Lepas buka, dia diam aje, aku suap gula-gula tu masuk dalam mulut dia. Hehehe.. Ayah dia tengok aje.. Hahaha.. Takpe, I suka budak-budak tau... Dia datang kat aku yang berada di belakang dinding sedangkan ada seorang lagi perempuan yang bersandar pada dinding (tak terlindung pun), adik tu datang kat aku jugak.. Sukanya!! Hahaha... Lepas tu, aku pulang untuk urusan seterusnya.
*****************
'Klinik Kesihatan Telemong', nama klinik tertera & nampak jelas dari jauh, aku masuk & parking motosikal aku kat bawah pokok.. Jam menunjukkan sudah pukul 3 petang. Alhamdulillah aku dah singgah solat kat masjid tadi.. :D
Aku ke kaunter pendaftaran & menyerahkan borang medical check up.
Tak lama lepas tu, ada seorang nurse memanggil namaku & minta aku masuk ke dalam bilik. Aku still tak tahu dia nak buat apa.. Rupa-rupanya, nak ambil darah! Aku tanya, "Banyak ke ambil darah?". "Sikit je, besar tabung ni je". Hahaha! Nampak besar aje, pendek sikit aje daripada tabung uji kat makmal sekolah.. *Tabung uji tau! Bukan tabung didih. Jangan tertukar pulak!* Ngehehe... Awal-awal aku dah pusingkan pandangan aku ke arah dinding.. Huaaa! Takut... Lengan baju kiri aku disinsing.. Lepas sapu sejenis ubat yang sejuk, dia pun cucukkan jarum kat lengan I.. Pergh! Terasa sangat tarikan darah ke dalam picagari tuhhhh! Huaaa! Nak nangis sangat! Dah la aku ni manja tahap gaban.. Tapi tahan je la... Done, dia lekatkan kapas & minta aku lipat tangan. Masa tu baru terasa sakitnya.. Time ambil darah tu tak la terasa sakit, tapi ni rasa sengal-sengal. Tetiba aku jadi lembik sikit, nak buka pintu lambat sikit, so nurse tadi yang tolong bukakan... Waakkaka! Biasa la kan.. Hilang darah, lembik la sikit.. Aku tengok label pada tabung tu, "30 ml", wow! banyak jugak darah aku yang diambil.. :(
Lepas tu , aku perlu pergi kat makmal untuk hantar darah & ujian air kencing. Aku jalan dengan biasa je, tapi tangan la sakit sikit.. Orang dalam makmal suruh aku pergi tandas & ambil air kencing, masukkan dalam bekas yang disediakan.. Haaa! Susah pulak nak tutup pintu tandas tu.. Dalam 3 minit jugak aku baru boleh tutup rapat pintu tu.. Dah la tangan ni lembik dah, kena tolak pintu tu kuat-kuat pulak.. Kekejaman apakah ini?? Hahaha... Lepas siap, tunggu doktor panggil pulak.. Then, check paru-paru, jantung & tekanan darah. Alhamdulillah, semuanya normal.. :D
Done! Aku tengok jenis darah aku.. Eh..eh.. sama aje dengan yang aku pernah test masa dalam makmal Bio last year...Yang masa makmal bio, tak terasa langsung cucuk jarum tu sebab guna pencucuk yang macam pen tu. Tup..tup, cikgu cakap dah siap.. I be like, "Eh, siap dah ke, cikgu? Dok rasa apa-apa pun. Hehhe". 1 titik aje yang cikgu ambil, then, celupkan jari aku dalam 2 jenis cecair *Kalau tak silap la*.. Hebat ar cikgu bio! Advance! Rindu Cikgu Norhayati! Tak jumpa pun kat sekolah tadi... Miss her so much! Guru yang paling baik... & care pasal aku... Membuatkan aku rajin buat homework bio! Hehee... Cuma blood test yang ni boleh tahu 'positive' or 'negative'.. Alhamdulillah, berdasarkan darah aku, aku boleh terima semua jenis darah lain namun tak boleh derma kat orang... Hehehe... In that case, inshaAllah mudah aku nak dapatkan bekalan darah kalau anything happend to me.. Pukul 4, semuanya settle.. Aku pulang ke rumah dengan rasa lega.. Alhamdulillah..
********************
Ok! Settle aktiviti hari ni.. Dari pagi hingga petang aku keluar..
Busy pulak hari ni... Hehehe.. Kalah menteri... Ok la.. Yura nak rehat pulak...
Thanks for reading this entry..
Sorry kalau tak berapa nak faham apa yang Yura cerita...
No comments:
Post a Comment