Sunday, 4 December 2016

Kesabaranku Tercabar

Jika seorang itu tak banyak cakap tetapi laju bila bercakap, dia sebenarya berahsia .
Jika seorang itu makan dengan gelojoh, dia sebenarnya tertekan .
Jika seorang itu menangis kerana perkara kecil, dia sebenarnya lemah lembut .
Jika seorang itu cepat marah walaupun tentang pekara2 kecil,dia sebenarnya perlukan kasih sayang .

Bismillah..
Assalamualaikum...

Malam ni Kak Jah dah nak bertolak ke Kuala Lumpur, Damansara coz teman my beloved sister to have an interview. So,malam ni tak boleh nak ber'blog'. So,awal-awal lagi Kak Jah nak share kisah sedih pasal Kak Jah. Dah lama pendam, sampai satu saat Kak Jah tak leh tahan, Kak Jah bagitahu kat dia yang terlibat. Sungguh, sedih sangat kisah hidup Kak Jah dalam bab persahabatan ni. Allahu.. Hanya Allah yang tahu. Selain Kak Jah bagitahu dia yang terlibat tu, Kak Jah luah kat seorang kawan baik Kak Jah sorang ni. Rasa lega sikit lepas dapat luah & feedback.

*************************

Kisah ini terjadi di IPT.

Mula-mula A dan B ni tak rapat pun coz bilik pun lain-lain. Suatu malam tu, A ni ber'whatsapp' dengan B sebab nak topup je pun. Tapi B ni saje lah nak main-main macam nak tackle gitu. B ada lah tanya aku, nak tanya & buat ayat gane, Aku ada lah tolong jugak. Main-main kan... Then, lepas tu main-main ni berlanjutan sampai ke hari ini.. B panggil si A ni dengan panggilan 'Tackle'. Lama-lama, melekat sampai sekarang. Dan tak diakui, diorang sangat-sangat rapat. Kitaorang rapat jugak lah 3 orang walaupun ada ramai lagi kawan-kawan yang lain. But, bila bertiga, aku mesti tersisih. But, idk lah orang lain perasan atau tak. Mula-mula aku rasa biasa-biasa je coz aku pernah rasa dipinggirkan bila berkawan 3 orang ni masa form 5 dulu. But,masa form 5 tu aku tak bagitahu pun yang aku terasa dll dan sampai sekarang 2 orang kawan rapat aku tu tak tahu yang aku sangat-sangat terasa terhadap pinggiran yang diorang lakukan. *Kes yang form 5 tu tak de lah teruk sangat, coz diorang jaga jugak perasaan aku ni berbanding kes di IPT ni*

B ni bawak kereta pi kolej, n memang hak dia lah nak bagi sape-sape naik kereta dia kan. Yang aku sangat tak boleh tahan, suatu hari tu aku nak duduk lah kejap kat depan. n aku tahu sangat-sangat yang dia nak bagi A duk kat depan. Tapi, dia cakap, 'A lah duk kat depan'. Aku yang pendam rasa sedih n jealous sebab dia sangat lebihkan A tanpa fikir perasaan aku ni kan, terus je tinggikan suara kat dia, berkata 'tahulah A yang duduk kat depan! Orang nak duduk kejap je pun, nanti orang turun lah. Dah ambik lah heh A duduk kat depan dengan tackle dia. Olohhhh!" *Tapi ada nada macam gurau sikit lah. Jaga lah juga hati n perasaan B tu kan. Yang tak boleh blah, dia gelak aje kat aku. U know what? Air mata ni dah mencurah-curah, but aku tak tunjuk sangat lah yang kak ni nak nangis. Tapi,air mata ni memang tak boleh disengkang lagi. Keluar jugak n aku buat-buat gelak. Sejak hari tu, aku tak pernah duduk kat depan bila naik lebih daripada 2 orang. Just duduk depan bila naik berdua dengan dia je. Ye lah, adab naik kereta orang kan, tak kan lah nak jadikan dia tu macam 'driver' pulak. Hati dan perasaan aku masih boleh berkompromi lah kalau naik berdua.



Ada suatu hari tu, seorang daripada roommate aku balik. So, tinggal 3 orang je lah. Biasalah, hari minggu mestilah pergi keluar jalan-jalan. B comfirm ajak A tu sebab B ni tak boleh kalau tak ada A. Aku pun tak tahu kenapa. But biarlah walaupun aku yang akan merana nanti. Aku dengan C jalan berdua sebab aku dah tahu apabila A n B ni berkepit, memang tak boleh lepas. So, i fikir jalan lain yang boleh menyejukkan hati. Nasib baik C tak balik, kalau C balik mesti korang boleh imagine how am i, right? Ditinggalkan, dipinggirkan bagai patung cendana yang memang takde perasaan. Aku dan C terjumpa orang jual cincin, kami beli lah. RM10 satu, huhuhu student kan, mana lah ada banyak duit nak beli yang mahal-mahal kan. Bila A n B tahu kami beli cincin, diorang pun nak beli jugak. Ok lah,pergilah beli. Yang aku sedih n agak terasa, B belanja A cincin, B ni siap cerita kat aku yang dia sarungkan cincin tu ke jari manis A. *Bagi aku, kalau nak belanja aku tak kisah. But, please jangan hebohkan yang kita ni belanja sesorang sebab kita tak tahu perasaan kawan-kawan kita yang lain. Ye lah, berkawan bukan seorang, ramai-ramai. Kalau nak bagitahu sangat belanja seseorang, means itu tidak adil kepada kawan-kawan yang lain.* Sekali lagi, pada hari yang lain, B belanja A ni tengok cinema 7D dan beli hadiah bithday A sedangkan birthday A tu dah lama lepas. Aku ada dengan B masa dia beli hadiah bufday kat si A. Apa perasaan korang kalau orang buat macam tu kat korang? Aku tak kisah kalau hari tu or beberapa hari sebelum tu merupakan bufday si A, tapi ni dah lama sangat-sangat kot. Bufday A bulan 5 (kalau tak silap) n bufday aku bulan 6. Apa bezanya?? Dua-dua dah lepas, plus bufday aku baru lagi daripada si A. Bagi aku ini tidak adil & please lah jaga jugak perasaan aku yang alone ni. Kalau nak beli kat A SAHAJA, please sorokkan daripada aku or walaupun bukan aku, jangan buat jugak kat kawan-kawan yang lain. Please sangat! Masa yang cinema 7D, A dah pilih tempat yang dia nak pergi n its my time to choose what i want to..so, i choose cinema 7D. RM8 per person. Tiba-tiba A ni tak nak masuk sebab katanya takde duit. Lama berfikir & discuss, B kata biar dia yang belanja A. Apa korang rasa?? Again, dia buat perkara yang sama. bagitahu yang dia nak belanja. If front of my face!! Terus takde mood tau! Pape pown, aku tarik balik mood bahawasanya rugilah aku bayar RM8 kalau masuk dalam sambil takde mood. So, aku fikir, tu dah rezeki dia. Rezeki dia murah. Redha je lah. Masuk je kat dalam, again!! Seat tu ada 3, aku sengaja duduk yang tengah sebab aku dah tahu what will happened, dah la masa tu aku still sakit hati. wei, kalau nak belanja pun, diam-diam sudahlah! B suruh aku alih posisi, biar A duk kat tengah, aku pun mengalah je lah. 'Siapalah diri ni kalau nak dibandingkan dengan si A yang telah bertakhta di hati B, i'm nothing. Just robot yang selalu mengada-ngada ikut diorang pi jalan-jalan.

Banyak sangat yang dilakukan mengguris hati aku ni.

-Kat kedai makan
-Bab taking photo
-Bab alone
-Main whatsapp sambil memandu



Yang paling last aku nak cerita stakat ni, masa B sakit. B ni still puji-puji A walaupun A ni tak datang jenguk pun B yang sakit, datang-datang pun just nak tanya 'Ibu dah otw ke? Pukul berapa nak balik?'. Bukan nya aku nak mengungkit or tak ikhlas or apa-apa lah, tapi butanya B tu! Sekarang aku faham kenapa cinta itu buta, orang lain buat apa-apa sekalipun tak nampak dah apabila dah ada ratu yang bertakhta di hati. Cuma, please lah buka sikit mata kau untuk orang lain. Sedikit pun jadilah. Jaga lah perasaan orang lain. Maaf terkasar sebab dah lama sangat aku pendam perkara ni sorang-sorang.

Sejak belajar di sana, aku sentiasa nangis sorang-sorang, perkara remeh pun aku nangis.
Sebenarnya itulah effect daripada apa yang aku telah lalui. Orang fikir, Manjanya kau! Tapi diorang tak tahu apa yang aku rasa. Betapa besarnya kesan yang perlu aku tempuhi dek perkara ni. Memang aku selalu ambik port dalam sesuatu perkara walaupun orang tak tahu aku ambik port tentang perkara tersebut. See, sampai sekarang aku masih ingat apa yang terjadi. Masih segar dalam ingatan aku ni.

B ada jugak terasa dengan A, tapi dia tak endahkan pun apa yang pernah A tu buat kat dia sehinggakan B pernah kata kat aku, "Hati ni jatuh berkecai dah, rela n sanggup kutip balik niyh".
But, apabila aku je buat dia terasa , terus ambik port! No compromi, terus nampak kat riak wajahnya yang dia sedang marah aku. Ini sangat lah tidak adil bagi aku. Aku rasa, aku ni apa eh? Kawan waktu susah ke kot, masa senang boleh tinggalkan begitu je.

A pun sama aje, bila dengan B, memang tak pandang & takde rasa simpati dah kepada yang tersisih, just tahu nak ambik perhatian je. Ye, aku tahu, memang semua orang suka kau. Tapi tolong lihat sekeliling bahawa ada yang tersisih dan tariklah dirinya bersama.

Apakah nasib aku? Entahlah nak cakap apa lagi, tak tahu nak describe how i felt.
Biarlah Allah sahaja tahu apa yang aku rasa. Semoga aku dikurniakan insan yang sanggup mengutip aku seperti permata. Allahumma Amiin...

No comments:

Post a Comment