Today, topiknya berkaitan tumbuhan,, Flora...
Pernah tengok pokok kat atas tu?? Bunga tu macam falimiar kan?? Hehehe... Itu la pokok Exora. Juga dikenali sebagai pokok bunga jarum.. Apesal jarum pulak?? Tak nampak macam jarum langsung kan? Ahhhaaaa... Maybe ada yang tak tahu.. Bunga ni ada satu batang (duk kat dalam) yang halus macam jarum.. *Jangan risau, tak berbahaya pun sebab tak tajam & keras pun. Lembut ajeee.* Part paling best adalah hisap madu! Tengok pic tu elok2.. Jarum dikeluarkan + ada butir air kan? Air tu la yang orang sebut-sebut madu.. Rasanya manis-manis.. *Nyum..nyum* Ada jugak orang fikir, dengan makan madu tu, jadi cantik... Wakaka! *No comment*
Bila dah namanya perempuan, of course la suka eksesori.. Jah suka jugak buat rantai & gelang daripada bunga ni... Acammana tuuu? Kita sambung-sambung aje bunga tu... Takde pic la Jah nak tunjuk... Coz ni mainan budak-budak kampung. *Kampung girl la nieee* Suka tau, tapi tak tahan lama pun, cepat aje dia kecut.. & tak boleh ganas-ganas tau, nanti putus then kena sambung balik. *Kalau dah putus & sambung banyak kali, batang dia jadi lembik..So, takleh la ganas-ganas. Jadi lemah-lembut laaa uolllsss~ Hahahaha....
Ni pulak buah apa? Ni la buah kemunting... Best,sweet! Tapi yang ni belum masak sangat. Kalau nak manis lagi, colour dia ungu gelap lagi. Tapi, warna macam dalam gambar ni pun Jah dah petik.. Wakakaa! *Tak sabar betul nak tunggu masak betoi2* Tengok yang belum masak tu?? Warna hijau.. Kalau petik jugak yang tu, tak tau nak kata apa dah.. Memang tau sabau benou la tuhhh! Makan la yang hijau tu, kelat! Hahaha...
Selalu lepas balik ustaz mengajar pagi-pagi, Jah & the geng dah serbu kutip buah tu awal-awal.. Nanti orang lain ambil pulak sebab pokok nie tanam kat masjid...Bagus kampung saya nie, ada program setiap pagi Jumaat untuk kanak-kanak belajar agama. Alhamdulillah..Banyak ilmu yang diperoleh selain belajar Pendidikan Islam & kelas KAFA kat sekolah.. Kat sini, santai-santai aje, kat sekolah formal.. HEhehe.. Takpe, asalkan ada kesungguhan! Kan?? :D Ada jugak, lepas balik kedai petang-petang, kitaorang jenguk-jenguk cari buah yang dah masak! Hehehe.. Berebut nak makan buah ni.. Sedap sangatttttt! *But,sekarang dah tebang pokok nie.. Takde dah laaa... Tapi,sempat la merasa walaupun masa kecik-kecik dulu ajee...*
Biasanya ada kat tepi-tepi jalan.. Dalam semak-semak & pagar-pagar kebun... Buah apa tu ada bulu-bulu tu? Tak gatal ke sentuh?? Ahhhhhhaaaaaa! Ni buah ulat bulu.. Abah yang bagitahu buah ni boleh makan.. Masa tu Jah & the geng duk main-main basikal kat tepi jalan.. Lepas tu, hari-hari pergi check buah dah masak ke belum... Hehehe! Lama jugak nak tunggu buah ni masak.. Rasa buah ni sweet sour.. Sedap, tapi kalau makan sikit,tak terasa sangat! Kena kutip banyak-banyak, then makan! Baru heaven! Hahaha...
Buah yang masih muda berwarna hijau. Apabila masak, buahnya akan berwarna kuning terang dan struktur berserabut di sekelilingnya akan terbuka dan menjadi kering. Isi dalamnya macam dalam pic tu, biji kecik-kecik.. Ngap terus aje! *Kulit jangan makan pulak!* Isinya seperti buah markisa, masam masam manis dan mengandungi jus yang kaya dengan vitamin C. Pucuk dan bunganya boleh dicelur dan dijadikan ulam. Rasanya lemak lemak dan sedap dimakan dengan sambal belacan.
Mesti dah biasa tengok pokok & buah ni kan?? Orang kampung panggil "Buah Kekut", orang bandar sikit panggil "Buah Ceri". Tapi, tak tahu la kalau ada nama lain lagi.. Share-share la ye apa korang sebut bagi nama buah nieee. :D Mudah jumpa pokok nie sebab ramai orang tanam.. Rendang aje.. Best duk bawah pokok nie... Sejuk & nyaman aje sambil makan buahnyaaa.. Hahaha.. Bak kata pepatah, "Sambil menyelam,minum air", tak gituuu??
Isi dalamnya biji kecik-kecik warna putih, halus ajeee.. Manis...Sweet! Petik yang warna merah tau! Yang warna hijau belum masak.. So, isi kat dalam keras lagi... Mama selalu aje tanya kat kami adik-beradik, "Nak tak buah tu?? Kalau nak kita stop tepi". Wah, bestnyeee! Of course la kitaorang nak! Then, kutip banyak-banyak,makan dalam kereta... Nikmat betul.. Alhamdulillah... Banyak kan pokok nie kat tepi-tepi jalan, selain rezeki burung, rezeki manusia jugak untuk makan.. :D
************
Nak diikutkan, banyak lagi... Tapi, Jah dah lupa nama pokok-pokok sekalian..
Korang boleh jugak nak share pokok-pokok & buah yang korang selalu makan masa kecik-kecik ya..
Maybe Jah pun pernah makan tapi dah lupa... "Sharing is Caring"..
Btw, thanks for reading this entry :D