Mai Jah sambung experience Jah belajar kereta ya...
Cikgu suruh datang pukul 8 kan?? ok...Jah kan punctual... So, datang awal la sikit.. Sebelum pukul 8,dah ada tercongok kat kerusi kat blok D... Ngegehehehe.. (Tak de nak bangga diri sangat! Tak baik tau..) Bagus la,datang awal... Adab belajar, "Murid mesti tunggu guru, bukan guru tunggu anak murid".. Selalu ingat pesan cikgu2 tersayang di ADHA.. :D Nak berkat..kena la ikut cakap cikgu..
Ok....Jah dah bersiap sedia nak belajar kereta hari ni... Harap2 cepat la pikat yeee... Jangan slow sangat! Keh3... Ade pulak macam tuuu... Yang sedihnya, second day tetap tunggu sampai beruban macam semalam... Tunggu 3 1/2 jam pulak uollllllssss!! Naik kereta pukul 11.30 hingga 12 tengahari jugak.... So sad.. Masa 5 1/2 jam tu Jah just belajar lebih kurang 1 jam!! *Krik2* Korang fikir la sendiri... Tak nak bagkitkan isu tu panjang2.... (Nanti jadi lain pulak) :/
Second day, Jah belajar masuk gear! Gear 1, 2, 3 & R .. Fuh, memerlukan kepantasan tangan & imaginasi + ingatan... Hahaha... Jah selalu tengok kat gear tu time nak masuk gear... Cikgu kata.. "jangan tengok! pandang depan" ... Mula la gelabah... Bimbang gear tak masuk laaa... Masuk gear lain keee.. hehehe... Jah ni degil tau.. Cikgu kata jangan tengok, dia tengok jugak! Ish2... Anak siapa la tu eh?? *Tak kenal* ... kah2...
Alhamdulillah... Walaupun cikgu Jah tu lelaki & agak muda, dia tak pegang tangan sesuka hati dia je... Ada jugak yang jenis pegang tangan yang bukan mahram slamber badak tak tahu hukum ke?? Agak2 la kan... Syukur sangat dapat cikgu ni sebab dia tak sentuh2.. Ada part positif setakat nie... :D
Kawan-kawan Jah ada jugak mengadu yang masa belajar kereta, nak tukar gear & kawal stereng, amboii sedap2 dia je sentuh tangan... Walaupun, kawan Jah tu dah tunjuk bahasa badan yang menunjukkan dia tak selesa diperlakukan begitu, tetap tak faham.. Ye la, bagi Jah kan, walaupun ni proses PDP (pengajaran dan pembelajaran) tak sepatutnya sentuh yang bukan mahram dengan sengaja.
Ok..citer part lain pulak... ***********
Masa second day tu, cikgu tu suruh Jah tekan minyak kuat2.. Perghh, apa lagi? kereta tu meluncur laju laaaa.. Ayokkkk! takutnyeeee! Biasa la kadang2 cikgu ni bosan ajar bawa kereta slow je memanjang... Kah3... Tapi, disebabkan Jah ni tak pandai kawal stereng, cikgu yang kawalkan... Jah just pusing sikit2 ikut kepala je... Korang ingat senaang ke ha?? Mula2 Jah exited la, sebab ingatkan macam dalam game ajeeee.. Rupa-rupanya, its quiet hard... Nah! Rasakan.... Realiti tak sama dengan fantasi... Ngehehee... :P
Korang boleh bayangkan litar Go-Kart Racing??? Jalan yang berliku-liku untuk yang mahir kawal stereng tau!! Jah yang merangkak-rangkak niiiiii~ Fuhhhhhh... bayangkan la sendiri! Nak masuk dalam semak la... nak langgar timbunan tayar2 la... Kah3...Kalau takde cikgu kat sebelah, dah lama accident tau... Jangan main2... Ini serious tau... Sampaikan ada sorang cikgu yang dah berumur mengusap2 dada tengok Jah bawa laju dalam litar tu... Tapi,takde la bimbang sangat sebab cikgu ada untuk kawal stereng... Kuang3...
Ada jugak borak dengan cikgu sikit2... Itu pun sebab cikgu yang tanya, Jah jawab aje.. Nak concentrate gear, stereng & jalan yang berliku-liku tu... ;) Cikgu tanya sekolah mana, dapat berapa A UPSR,PMR... Soalan common untuk orang dewasa kepada orang sekolah & lepasan SPM...
Result UPSR & PMR takde la segan sangat nak bagitahu... Alhamdulillah, result SPM tak keluar lagi masa tu, so takde la malu sangat nak jawab... Sejak masuk upper form, akademik down walaupun semua orang sekeliling Jah berharap Jah dapat result gempak..
Then, cikgu cakap dia sakit perut... Jah tanya la "kenapa?".. Of course la curious nak tau sebab cikgu cakap, semalam pun dia sakit perut... (Sesi mencungkil rahisaaaa.. hahaha).. Jawapan hampaaaa daripada cikgu... "Adala.. Rahsia.. Mana boleh kabo a.k.a bagitahu" .. Aku kat tepi... "Oh,ok + krik2*" Ayoyyooy.... Ada pulak macam tu.... Pening2... Takpe la.. privacy sangat kowwwt~
Tak lama lepas tu, dia cakap... "Saya ada gastrik.............Pastu campur buasir pulak" Jah terkejut jugak la... "Buasir?? Makan pedas ke gane??" (Ye la..orang buasir mana boleh makan pedas) Cikgu jawab.. "Ye, makan sambal belacan marin..Sedap sengat ekpon" .. "Oh, patutla sakit perut..makan pedas ekpon".. (Basically, orang yang Jah kenal ada buasir ni, suka sangat langgar pantang! & diorang suka sangat makan pedas walaupun tak boleh.. erm... sabar je laaa..)
Memang la simpati.. tapi Jah tak boleh buat apa jugak... Dengar je la... Jah tak suka pedas.. Makan pedas sikit aje dah rasa macam makan banyak... kih3... Ye la kan, kalau orang suka makan pedas, kalau tak rasa pedas, diorang akan letak banyak2... (Mulut tak terasa pedas + panas sebab dah biasa, tapi perut korang camne??? Perut ni lain tau, jangan samakan dengan mulut.. Perut panas & tak tahan pedas spt mulut yang dah biasa makan pedas) *Ni Jah nak bleber a.k.a berleter ni macam mak nenek.. So, fikir-fikirkan laaa... Jangan cakap hakak tak payungggg!!
No comments:
Post a Comment