Thursday, 28 April 2016

Biar betoiii ?


Wah.. Cantikkan?? Suka tengok baju budak-budak macam nie... Tetiba bila tengok baju kanak-kanak, ter"throwback" zaman silam pulak....

Masa Jah kecik-kecik dulu, tak pernah la ada baju cute-cute macam nie... Baju biasa-biasa aje..
Takpe,, tak kisah pun, coz masa kecik Jah ni comel tau! Kih3... Kak Dini cakap, "Jah comel masa kecik, masa besar, tak comel mana, biasa-biasa je".. Wakakaka! *kembang kejap*

Masa kecik-kecik, Jah ni kuat main tau! Very active! Tak lekat pun kat rumah.. Dah nak maghrib baru balik.. Bau asap laaa... Melekit-lekit badan.. Biasa la budak-budak main, sampai berpeluh-peluh pun tak sedar.. And tak kisah pun.. Baju kotor ke.. Dalam fikiran diorang, just nak bergembira... Bestkan jadi kanak-kanak?? Tak perlu nak fikir macam-macam masalah... But. it's impossible to turn around the time.. (Acah-acah sedih pulak.. Ngehehe) :P

FIY, *Jangan terkezzzzutt tau!!* Jah ni gangster masa kecik-kecik dulu! I'm the leader! Semua sepupu yang lebih kecil takut~ Garang macam singa! Maybe lebih garang daripada tu tau.. Nak buat apa-apa, Jah yang arahkan.. *Ada bakat jadi pemimpin keee?* Semua anok2 wek a.k.a pengikut mesti ikut arahan, kalau tak kena marah + kena sepit ketam yang menyakitkan.. (Kejamnye aku!)

Kalau nak main apa-apa, Jah yang jadi ketua.. Orang lain tak boleh! Not allowed! *Gila kuasa betul la ko niee!* Hahahaha (Gelak jahat) Biasa la, main doktor-doktor, aku yang jadi doktor. Main cikgu-cikgu, aku la cikgu. Main nyanyi-nyayi, aku jadi juri (macam la aku ni suara sedap sangat!). Main lukis-lukis & warna buku, aku jadi tukang pilih sape pemenang. Pergi kedai, kalau orang taknak pergi, kena pergi jugak walaupun diorang tak nak beli. Jah ada basikal, Laju la aku sampai.. Anok-anok wek, lambat tinggal.. Babaaiiii... *Erm! Kejam betul, dah la terpaksa ikut, kena tinggal pulak tu!* Tapi, Jah ni baik hati la jugak, disebabkan dia ada basikal, dia gendong a.k.a bonceng gilir-gilir.
Sistematik jugak aku eh! Ada giliran lagiiii! Cewahhhh~

Tapi kan... kalau main tek nusuk (menyorok), aku tak suka jadi tukang kira & pencari.. Wakakaka! Adat main ni, kalau dia orang pertama dijumpai, dia kena jadi pencari.. But, kalau tiba-tiba diorang jumpa Jah dulu, memang sah-sah aku takkan jadi pencari & kadang-kadang aku bisik kat diorang supaya wat olok-olok tak jumpa lagi aku kat mana + cari aku last sekali!! ... hahaha..  Orang yang dijumpai last sekali, tu kira teror la menyorok! Hahaha... *Sape la tuuuu*

Main musang & ayam pulak, aku memang la jadi musang, coz aku ni garang & senior kan! Best jadi musang tau! Kita makan je semua anak-anak ayam tu... Biaq mati semua! So, aku menang! *Jah ni selalu je nak menang! Nak cari publisiti & populariti la tuh!* -I don't care apa orang nak cakap, asalkan aku dapat apa yang aku nak. Orang tak boleh halang!!-

Paling best, main tek deccok.. Apa tu?? Orang kampung aku je tahu kot.. Ngehehehe.. Tek deccok tu main ting ting.. Kalau tak tahu jugak, ermmm... Cari la ye sampai dapat.. Biasanya,main yang versi biasa, kapal terbang.. Tapi, suatu hari tu, ada surat Dutch Lady sampai!!!! Wah, bestnyeeee! Ada susu tepung lagi kat dalam tu... Jah just nak fokus game tek deccok je ni... Dalam tu ada buku & surpriseeeee... ada versi baru untuk game tek deccok niiii! So, kitaorang pun try la versi Dutch Lady tuuu.. Best jugak! Ada cara-cara bermain.. Lebih mudah sebab banyak guna 2 kaki & kena cepat sikit daripada versi kapal terbang.. Yang kapal terbang, 1 petak sahaja yang boleh guna dua kaki.. Masa tu, lega laaa... Dah lenguh guna 1 kaki, then sampai kt part tu, boleh relax kejap.. wakakaka! *ambil kesempatan dalam kesempitan petak*

Ni versi kapal terbang... 

Yang ni versi dutch lady! Wat sedap je bagi nama macam tu.
Kalau korang tahu versi apa nie, share2 la yee... :D

Dalam main-main tak kira masa nie... Muka dah hitam legam pun dah tak kisah.. Sampai sekarang Jah ni hitam tau! "Tu la, masa kecik-kecik main tak ingat dunia".. Kannn? Huaaaaa!! 

Macam-macam la Jah buat masa kecik! Memancing ikan, tangkap belalang...
Nak dijadikan cerita.. Suatu hari tu, Jah & the geng pi la memancing ikan dekat alor kat belakang rumah.. Dapat la ikan haruan yang kecil-kecil tiga empat ekor.. Exited sangat dapat ikan tau!! Hahaha. Memancing guna kail jiran daripada batang pokok salak, ikat tali tangsi yang jernih tu + lekatkan mata kail... Cari umpan, letak cacing.. Cari cacing sendiri aje.. Kat belakang rumah Jah tanah subur, so banyak la cacing.. Kumpul2 letak dalam plastik & pi la mengail dengan sejuta harapan dapat ikan besar... Hahahha...

Lepas dapat ikan, Jah pun suggest la nak goreng & makan sama-sama walaupun tak reti nak menggoreng ikan... Biasanya tengok mama je buat, Jah tak pernah buat sebab kecik lagi masa tu..
Disebabkan kat rumah Jah je yang takde parents & orang tua, kami pun buat la projek memasak!! hahaha.. Start la menggoreng ikan, siang ikan main hentam ajeee.. Yang pasti, kami buang la perut ikan.. *Jangan ingat Jah ni kolot sangat tau walaupun masa tu kecik tak tahu apa2* Hasilnyeeeeee! Gembira bagi kami, sengsara bagi orang dewasaaaaa! Guess whatttt??? Cepat-cepat!! Ahhhhhaaaaa~ Ikan goreng hancur lebur + sangat masinnnnn uolllllsssss! Nak tak nak, makan sampai licin! Lapar kannn.. (ikan tu hancur sebab selalu balikkan, maklum la, tak reti & bimbang hangus pulak) So, lain kali kalau mak ayah pi dapur masak,ikut belajaq sekali! Jangan tahu main & makan aje tau! Kalau tak, jadi la macam kitaorang niiiii! Wakakaka... Ambil ibrah a.k.a pengajaran ye! 

Tadi Jah ada sebut pasal belalang.. Masa tu, kat rumah nenek (Nek), ada seekor belalang niee..besar sangatttt! Nek pun tangkap & goreng pastu makan... Jah tanya la, "Nek,boleh ke makan belalang?". Nek jawab boleh tapi yang besar-besar je la macam belalang kunyit...


Jah ni exited la bila dengar yang belalang boleh makan... Then, Jah & the geng buat projek tangkap belalang banyak2 untuk digoreng & makan berjemaah! Macam biasa la, I'm the leader.. Lepas je cari, Jah pun jadi chef masakkan belalang tu, dah siang-siang sikit buang kateh a.k.a kaki yang panjang tu & perut + yang tak sepatutnya... Maka, lepas siap, makan la ramai-ramai... Best! Rasa macam udang! Belalang pun macam udang jugak, bila digoreng, its colour turns red! hehehehe... Tapi,sayang seribu kali sayang, belalang yang kitaorang makan tu yang kecik-kecik, tak terasa sangat kekenyangan tuuu.. (Persoalannya, boleh makan ke tidok ek??? Korang fikir la sendiri..)

Pelik-pelik perkara yang Jah buat masa kecik-kecik dulu... Bila diimbas kembali...
Entah apa-apa la ko nieee... Mengarut laaa.... Banyak lagi sebenarnya Jah nak story telling.. Tapi tangan ni dah penat menaip... Sambung bila free eh... 

Thanks for reading this annoying entry! 



No comments:

Post a Comment